Thursday, 13 March 2014

#MH370HILANG - AKSI SECARA TERBUKA 'RAJA BOMOH SEDUNIA NUJUM VIP' CARI PESAWAT HILANG DI KLIA DISINDIR MASYARAKAT ANTARABANGSA !!!!!!!


Sudah ramai yang memberikan komen tentang hal ini di media sosial. Ada yang mengaitkan aktiviti bomoh ini dengan perkara khurafat dan ada juga yang mengutuknya kerana mencemarkan imej Malaysia. Bagi mereka, ritual yang dilakukan oleh bomoh ini amat memalukan dan tidak terfikir oleh akal.




Selain orang awam, aksi bomoh, Ibrahim Mat Zin ini turut dipandang serius oleh beberapa pemimpin UMNO termasuk Khairy Jamaludin dan Fathul Bari. Mereka mahu JAKIM mengambil tindakan terhadap bomoh ini. 

Laporan lanjut tentang hal ini boleh anda baca di sini

Yang sadisnya, aksi ritual bomoh ini serta pembantunya turut disindir oleh masyarakat antarabangsa. 

Misalnya:




Apa kaitan bomoh ini dengan UMNO? Lihat gambar :







P/s: Aksi pertama bomoh ini serta komen Dr Asri boleh ditonton dan dibaca di sini.

Berkaitan:

Bomoh Guna ‘Permaidani Ajaib’, Air Zam-zam, Kelapa Cari Pesawat Hilang




Bomoh Ibrahim Mat Zin menggunakan kelapa ketika mengadakan sesi ritual mencari pesawat MH370 di KLIA, Sepang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.

[TMI] Sekali lagi, bomoh, Ibrahim Mat Zin mengadakan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih gagal ditemui sejak hilang awal pagi Sabtu lalu.

Mstar Online melaporkan, Ibrahim yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru mengadakan sesi ritual buat kali kedua itu semalam.

Beliau diiringi beberapa pembantu dan menggunakan air zam-zam, dua kelapa, tongkat serta permaidani yang dikatakan ajaib.

Portal itu turut melaporkan sesi yang diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai dan video sesi kedua ritual Ibrahim berdurasi 25 saat tersebar.

"Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia terhempas," katanya kepada pemberita, dipetik daripada Mstar Online.

Ibrahim berkata, ritual simbolik digunakan untuk banyak generasi.

Katanya, apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin negara mengundangnya.

Pada Isnin, Ibrahim dilaporkan mengguna teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

Bernama melaporkan Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. – 12 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment