Tuesday, 25 March 2014

#MH370 - TIADA HARAPAN MANGSA DITEMUI MASIH HIDUP.....


Pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370, bersama 239 penumpang dan krew, selepas 17 hari, kini disahkan hilang di selatan. Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa semua penumpang di dalam pesawat tiada harapan ditemui hidup.


Pesawat malang itu berlepas daripada KLIA, Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu, 8 Mac menuju Beijing dan sepatutnya mendarat pada 6.30 pagi hari yang sama, namun selepas 17 hari tidak pernah mendarat di destinasi terkakhirnya, kini disahkan hilang di selatan.

Tugasan utama sekarang adalah untuk menjumpai kotak hitam pesawat malang itu, bagi merungkai, apa yang berlaku.



Kedalaman lautan Hindi yang mencecah 5 kilometer, selain arus laut yang deras adalah halangan utama menemui kotak hitam pesawat malang itu. Bateri Kotak Hitam itu boleh bertahan sehingga 30 hari, kini berbaki 13 hari lagi untuk mengesannya. Signal Kotak hitam boleh dikesan sejauh 10 batu. 

Persoalan akan terus menyelubungi pesawat malang itu, sehingga kotak hitam ditemui. Untuk masa ini, memang berbagai teori dikemukakan, namun apa yang jelas, pesawat telah diistiharkan hilang bersama penumpangnya.

Keadaan pesawat MH370, hampir sama dengan Air France 447, di mana penumpang ditemui didasar laut bersama bangkai pesawat terkurung dalam kabin. Kedalaman lautan Atlantik di mana pesawat Air France itu terhempas, lebih cetek berbanding lautan Hindi.

Dengan kecangihan teknologi mencari, adalah diharapkan jangan lah sampai 2 tahun barulah dijumpai kotak hitam pesawat malang itu.

Sedikit, andaian mengapa sampai pesawat MH370 hilang di selatan. Berasaskan siastan yang belum diumumkan, bahawa kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan semasa di udara, sehingga pilot mengubah arah secara manual, bagi maksud pendaratan. Namun, keadaan tidak memungkinkan semua itu, sehingga pesawat seperti hantu terbang tanpa tujuan ke arah selatan.

Untuk masa ini, jangan salahkan siapa-siapa, takdir berpihak kepada kehilangan pesawat malang itu.

Berikut Kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak : 
"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB)."They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data."Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path."Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth."This is a remote location. Far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.""We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity."We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation."Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and the crew to inform them of this development."For them the past few weeks have been heartbreaking. I know this news must be harder still. i urge the media to respect their privacy and allow them the space they need at this very difficult time".


No comments:

Post a Comment