Tuesday, 18 March 2014

#MH370 - PESAWAT DITERBANGKAN KE KAWASAN TALIBAN ???


Adalah dipercayai Boeing 777 yang hilang mungkin telah diterbangkan ke suatu tempat di Afghanistan atau bahagian Pakistan.

Kehilangan penerbangan MH370 berkemungkinan berada di pengkalan yang dikuasai oleh Taliban di Afghanistan atau di sempadan barat laut Pakistan, menurut sumber.

Pencarian yang kini meliputi 11 negara, sehingga kini tidak banyak petunjuk mengenai di mana Boeing 777 yang hilang sembilan hari lalu dalam penwrbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing berada.

Pakar kini telah memutuskn bahawa pesawat itu dirampas atau disabotaj dan satu teori yang telah dikemukakan ialah ia sedang disimpan di kawasan Taliban dan sedia untuk digunakan pada masa akan datang untuk sesuatu misi yang tidak dapat dipastikan, menurut sumber.

Pesawat itu dipercayai telah diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia menuju sama ada ke koridor utara atau koridor selatan.

Sekiranya pesawat menuju ke koridor utara, maka ia boleh jadi di Afghanistan, Pakistan , Kazakhstan , Uzbekistan atau Tajikistan.

Bagi melengkapkan siasatan, pihak polis meneliti latar belakang kapten Zaharie Ahmed Shah, 53, dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27 dan rumah-rumah mereka itu telah digeledah.

Simulator penerbangan yang dirampas dirumah kapten Zaharie Shah kini sedang dianalisa oleh pasukan penyiasat.

Seorang jurutera penerbangan yang juga merupakan seorang penumpang di atas kapal terbang juga sedang disiasat.

Penyiasat kini sedang menyiasat latarbelakang Mohd Khairul Ari Selamat , 29, dipercayai telah bekerja untuk sebuah syarikat jet persendirian. Pihak polis mengambil langkah menyiast sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan teknikal penerbangan yang berada didalam pesawat.





Sementara itu seorang ahli kongres kanan AS telah berkata kehilangan pesawat itu adalah disengajakan bukan akibat kemalangan.

Michael McCaul , Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri, berkata kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac “adalah di sengajakan, mungkin tindakan sengaja untuk menjatuhkan pesawat tersebut.”

McCaul memberitahu Fox News bahawa terdapat banyak “tanda-tanda amaran” sekitar penerbangan, termasuk penggunaan pasport curi oleh dua penumpang Iran dan tiket sehala dibeli dengan tunai “kebiasaan yang dilakukan oleh perampas.”



“Kami tidak mempunyai apa-apa keterangan bahawa ini adalah perbuatan pengganas, walau bagaimana pun ianya tidak boleh dinafikan begitu sahaja,” katanya.

“Saya rasa semua bukti menjurus ke arah kokpit, juruterbang dan pembantu juruterbang.”

No comments:

Post a Comment