Thursday, 13 March 2014

#MH370 - PEKERJA PELANTAR MINYAK DI TENGGARA VIETNAM LIHAT PESAWAT TERBAKAR DAN TERJUNAM


KUALA LUMPUR : Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.

Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.

Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.

Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi.

Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.


Harap jangan diabaikan apa yang dilihat oleh McKay walaupun dia hanya seorang pekerja pelantar minyak dan bukannya pakar aeroangkasa.... Jangan tunggu lama-lama...harap gerakan mencari diberi tumpuan juga di tempat yang dimaksudkan itu.....

No comments:

Post a Comment