Monday, 24 March 2014

#MH370 - KEHILANGAN TANPA JEJAK DIANGGAP PALING ANEH DAN MISTERI DI DUNIA


Misteri pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini memasuki hari ke 17 dan yang anehnya kehilangannya tanpa meninggalkan sebarang jejak.


Keadaan ini mencetuskan kejutan bukan sahaja dalam kalangan orang awam malah lebih hebat lagi melibatkan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri penerbangan.

Beberapa pakar penerbangan berpendapat, kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang dilengkapi teknologi pengesanan yang terkini untuk tempoh yang lama sudah mencukupi untuk dijadikan alasan kukuh bagi merombak kaedah pemantauan kapal terbang secara elektronik.

Beberapa andaian mula bermain, pakar mengklasifikasikan kehingan MH370 ini sebagai satu yang misteri dan jika berlaku rampasan, ia dilakukan oleh orang yang profesional dan mahir dengan selok belok pengawalan pesawat ini.

Kerja-kerja mencari semakin sukar kerana tiada sebarang jejak dan pesawat sengaja dipesongkan terlalu jauh daripada laluan sebenar pesawt Mas ke Beijing.

No comments:

Post a Comment