Tuesday, 18 March 2014

#MH370 - KAPAL TENTERA LAUT USS KIDS HENTIKAN USAHA PENCARIAN


Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Kidd yang selama ini membantu dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang, akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu.



Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan pegawai Pentagon, keputusan itu dicapai kerana kawasan pencarian kini begitu luas sehingga ia dirasakan adalah lebih baik sekiranya pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.

Tentera laut Amerika Syarikat bercadang untuk menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan pesawat P-3 Orion.

USS Kidd , menyertai pencarian itu pada minggu lalu dan telah mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman di atas permintaan kerajaan Malaysia.

“Dengan kawasan carian yang diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat rondaan jarak jauh seperti P- 8A Poseidon dan P -3C Orion adalah lebih sesuai untuk usaha mencari dan menyelamat,” lapor laporan itu.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

No comments:

Post a Comment