Monday, 17 March 2014

#MH370 - 6 ORANG DISYAKI TERLIBAT RAMPASAN ???


Sebaik sahaja kemungkinan pesawat MH370 disyaki telah dirampas, Oriental Daily bertindak menyenaraikan enam individu yang perlu diberi perhati....

1. Pouria Nour Mohammad -Pemuda berumur 19 tahun dari Iran ini telah menggunakan pasport curi warga Austria untuk menaiki pesawat MH370. Dia dipercayai mahu melakukan transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman. Dia memegang pasport palsu dan memasuki Malaysia melalui Thailand, tetapi dipercayai tidak mempunyai kemungkinan besar untuk terlibat dalam aktiviti pengganas.


2. Delavar Seyedmohammaderza-Interpol mengenal pasti individu ini sebagai pemegang pasport palsu yang kedua. Dia menggunakan pasport palsu warga Itali dan memasuki Malaysia melalui Thailand. Dia dipercayai mahu melakukan transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman.

3. Jurutera elektronik etnik Uyghur-Individu ini mempunyai kelulusan tinggi dan merupakan pensyarah di Turki serta melakukan kajian di sebuah pusat simulator penerbangan di Eropah.

4. Seorang penumpang dari Fuzhou, China yang tidak menaiki pesawat.-Seorang penumpang MH370 dilaporkan berada di rumahnya di Fuzhou, China dan tidak pernah melawat negara lain. Kejadian itu mewujudkan pertanyaan sama ada terdapat seorang lagi pemegang pasport palsu.

5. Juruterbang, Zaharie Ahmad Shah-Mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, Zaharie merupakan juruterbang yang amat berpengalaman. Zaharie mempunyai simulator penerbangan di rumah dan kediamannya telah digeledah polis. Selain itu, juruterbang terbabit juga turut dilaporkan sebagai seorang penyokong tegar kepada Anwar dan juga PKR.

6.  Pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid-Mempunyai pengalaman penerbangan sebanyak 2,763 jam. Seorang wanita Australia mendedahkan Fariq membenarkannya masuk ke dalam kokpit.

Jadi, puak – puak Pakatan tu tak payah la nak meroyan tak tentu arah dan buat penafian yang tak masuk akal. Banyak kemungkinan yang masih menjadi tanda tanya. Jangan la diorang gabra tak tentu pasal pulak!!! pautan

No comments:

Post a Comment