Sunday, 2 March 2014

ISTERI KEKASIH HANEZ SURAYA LUAH PERASAAN.... HANEZ MOHON MAAF .... MUDAHNYA !!!!!

hanez suraya liyana manan

IKUTI LUAHAN HATI isteri 'R' ( Liyana Manan)  mengenai pergolakan rumahtangganya yang dikatakan berpunca dari kehadiran Hanez Suraya seperti yang disiarkan menerusi BiPop...

Selama hari ini, saya mendiamkan diri dan memendam rasa biarpun mengetahui suami menjalin hubungan cinta dengan Hanez. Saya tidak terfikir untuk menganggu Hanez, apatah lagi menyerangnya. Apa saja kenyataan dikeluarkan Hanez, saya baca dan pendam saja dalam hati.

Bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat turun gambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah,8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman IG. Apa tujuannya mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumah tangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup-cukuplah maruah saya disiat-siat.
Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah, tapi apa yang dapat saya katakan, konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkah hubungan sejak 8 bulan lalu, itu pengakuan Hanez sedangkan rumah tangga kami berantakan baru saja 6 bulan. Bermakna rumah tangga kami jadi lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya. Sebelum ini
hanez suraya liyana manan
Liyana Manan terus menjelaskan bagaimana suaminya mula berubah sikap, sering menuduh dan memaki dirinya. Menurut Liyana, suaminya itu pergi tandas pun masih membawa telefon bimbit. Kata Liyana Manan:-
Sebelum ini saya hanya dpat mengagak suami menjalinkan hubungan dengan wanita lain apabila suami bersikap dingin. Sikap peliknya membuatkan saya dapat mengagak sesuatu, gerak hati isteri selalunya benar. Sampaikan masuk tandas pun masih membawa telefon bimbit, jadi faham-faham sendirilah.
Suami juga selalu mencari pasal dan menuduh saya bukan-bukan sehingga mencetuskan perang besar. Pulang lewat jangan cakaplah, tapi masih bersabar. Kami berpisah bilik tidur dan akhirnya, saya tidak tahan dan ambil keputusan pulang ke rumah ibu saya pada September, tahun lalu.
Saya terseksa apabila seing dimaki hamun sehingga kami tidak bertegur sapa dan hidup sebumbung bagaikan orang asing. Dia tidak lagi menghargai saya sebagai isterinya dan martabat saya sebagai isteri dipijak-pijak, jadi lebih baik saya keluar rumah.
Anak pertama bersama suami, manakala anak kedua tinggal dengan saya. Bagaimanapun saya tidak dilepaskan sehingga hari ini. Saya sudah memfailkan permohonan cerai pada Oktober tahun lalu dan kes masih dalam sebutan.
hanez suraya liyana manan
Isteri Mr. R turut melahirkan kesedihannya dengan sikap Hanez yang tidak faham hati dan perasaan wanita lain. Tambah Liyana Manan lagi:-
Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Hanez seolah-olah mencabar saya, tapi itu semua saya masih boleh bersabar lagi. Tapi saya amat kecewa apabila Hanez memuat turun gambar dengan anak-anak saya dalam laman IG. Saya malu apabila teman dan sanak saudara bertalu-talu bertanyakan kisah rumah tangga saya.
Saya jadi tertekan sejak gambar anak-anak saya dikeluarkan, sampaikan bekerja pun dalam keadaan tidak senang hati. Saya ibu mereka, dalam masa sama, saya masih isteri Mr. R, cukup baik saya tidak menyerangnya. Saya ada nombor telefon Hanez tapi saya tidak pernah menganggunnya walaupun dia menjadi penyebab keruntuhan rumahtangga saya.
Kenapa wanita seperti Hanez tidak faham hati dan perasaan wanita lain? Kenapa nak bersikap keterlaluan sedangkan hakikatnya Hanez tahu Mr. R masih belum menceraikan isterinya. Hormatilah perasaan orang lain.
hanez liyana manan
KEMUDIAN.... jom kita ikuti pula apa kata Hanez Suraya .....


Melalui pengakuan di Harian Metro baru-baru ini, Hanez Suraya memohon maaf mengenai kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini.

“Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini,” kata Hanez Suraya

Tambah Hanez lagi, dia turut mengaku mengetahui status dan keadaan keluarga teman lelakinya itu.

“Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang.

“Saya juga tak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri.

Sehubungan itu, Hanez turut merancang mengadakan sidang media pada Rabu atau Khamis depan.

Hanez berkata, dia mengambil keputusan mengeluarkan permohonan maaf itu bagi mengelakkan salah faham berlanjutan atas kenyataan terdahulu.

“Apa juga berlaku, biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu,” 

Dalam kenyataannya, Hanez belum bersedia mendedahkan identiti lelaki berkenaan atas sebab-sebab peribadi.

Bagi menjawab tuduhan merampas suami orang, Hanez dijangka akan menjelaskan secara terperinci situasi sebenar konflik itu pada sidang media kelak.

Mesti ramai yang tak sabar menunggu sidang media itu nanti. Semoga Hanez telus menceritakan kisah sebenar agar dapat membersihkan namanya semula!

Aku nak cakap,  bina mahligai atas airmata dan derita hati orang lain, baik fikir berjuta kali. Jangan menyesal kemudian hari sudah laaa... Melalui komen-komen yang dihantar ke posting tersebut yang disiarkan di beautifulnara rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Hanez Suraya dan terima lah berbakul cacian !!! Adakah Hanez Suraya akan pertahankan dirinya ? cintanya? kekasihnye ? Tapi aku rasa, jangan harap Hanez Suraya akan mengaku bahawa dia PERAMPAS SUAMI ORANG!!!! ARTIS la katakannnnnnnnnn....!!!

No comments:

Post a Comment