KAJANG 9 Mac - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Mahkamah Rayuan tidak layak menjawat jawatan yang disandangnya kerana tidak faham undang-undang.
Katanya, hakim Mahkamah Rayuan tidak berani untuk menegur peguam Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika berhujah sungguhpun hujahanya itu boleh disifatka sebagai menghina mahkamah
"Saya duduk dalam mahkamah dengar peguam UMNO yang rendah akal budinya, angkuh, mulut celupar dan tidak ada akhlak Shafee Abdullah guna bicaranya itu maki serta aibkan dan hakim tidak berani tegur.
"Hakim mahkamah rayuan memalukan, nama saja melayu tak ada adab dan budaya melayu, nama saja Islam tidak faham akhlak Islam, nama saja hakim mahkamah tidak faham undang-undang dan tidak layak menjadi hakim," katanya kepada peyokong PKR di Dataran Saujana Prima, Kajang, malam tadi.
Jumaat 7 Mac Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Akan tetapi, pihak mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Keputusan ini sekaligus menyebabkan beliau tidak layak dicalonkan sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan diadakan minggu hadapan.
Kenapa sukar sangat dia ni nak terima kenyataan.....?
Kenapa dia ni tidak pernah redha dengan suratan kehidupannya....???
Pernahkah dengar dia ni bertaubat atas segala yang berlaku.... sama ada yang diketahui atau tidak diketahui...???
Bila la dia ni nak insaf..............................
Assalam Bro
ReplyDeleteDia ni dah sampai ke hujung nyawa pun belum tahu nak bertaubat dan insaf... sekarang ni semua orang tak bermaruah... hanya dia aje yang bermaruah.. suka hati kaulah nuar