Monday, 17 March 2014

GADIS MELAYU ISLAM BERCOLI HARIMAU BINTANG DI KONSERT FMFA BENGANG DENGAN SAIFUL NANG !!!


Kejadian beberapa orang remaja yang maut akibat 'overdose' dadah di konsert Festival Music Future Asia 2014 di Bukit Jalil masih lagi mengejutkan.



Sekeping foto yang agak mencolok mata telah tersebar memaparkan beberapa remaja termasuklah perempuan yang tidak berbaju dan hanya bercoli ketika di konsert berkenaan.

Setelah kejadian tersebut 'meletup', foto berkenaan mula tersebar di media-media sosial. Jurufoto yang juga seorang usahawan terkenal, Saiful Nang turut berkongsi foto berkenaan dengan kata-kata sindiran serta nasihat.



Saiful Nang melalui status terbarunya mendakwa gadis tersebut melalui rakannya telah menzahirkan rasa tidak puas hati beliau kepadanya. Beliau juga sedih dengan tindakan gadis berkenaan yang mahukan kehidupan peribadinya tidak diganggu. Banyak juga apa yang dikatakan, tapi Saiful berasa terganggu apabila mengetahui beliau seorang "Melayu Islam". 

Ragam muda-mudi zaman sekarang tidak boleh ditegur walaupun untuk kebaikan.... terlalu taksub dengan hiburan dunia.... Kalaulah rakan mereka yang meninggal dunia tu boleh bagitau apa yang mereka alami di alam kubur... baru mereka ni nak insaf kot...tu pun tah caya tah tidak....!!!!

No comments:

Post a Comment