Thursday, 13 March 2014

( FOTO ) - RUNTUHAN DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM



Siling lobi Hotel Concorde Shah Alam runtuh kira-kira jam 5.30 petang hari ini. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan. Kita tunggu sajalah komen dari pemimpin-pemimpin pembangkang dan juak-juak mereka. Semua ini mesti salah UMNO.










Sebelum ini di dalam ceramah di Kajang yang berkisar tragedi kehilangan pesawat MH370, YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam telah mengandaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan meletakkan jawatan kerana kejadian tersebut selain mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan Malaysia yang meluaskan jarak pencarian sehingga ke Selat Melaka. Dalam laman sosial Twitter pula, beliau secara sinis meminta Menteri meminta maaf dan letak jawatan.

Di dalam kejadian di Hotel Concorde yang berlaku di dalam kawasan parlimen beliau YB Khalid Samad kena ambil tanggungjawab, tidak perlu bermadah dan beralasan. Saya tidak perlu mengandaikan YB saya untuk meletak jawatan. Allah bayar tunai kerana keceluparan YB mempermainkan isu kehilangan pesawat MH370. Sila letak jawatan!

No comments:

Post a Comment