Friday, 7 March 2014

FAKE AKAUN PUNCA MENINGKATNYA PENGHINAAN TERHADAP KAUM DAN AGAMA ???


Peningkatan kenyataan menghina kaum dan agama yang berleluasa kini disebabkan oleh akaun media sosial palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Akaun palsu direka dengan tanggapan pemilik akaun tidak dapat dikesan sedangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kaedah dan kepakaran untuk mengenal pasti pelaku terbabit.

Sehingga kini sebanyak 20 kes yang meliputi pelbagai kesalahan sudah diambil tindakan undang-undang dimana ia bukan sahaja menurut Akta Komunikasi dan Multimedia, tetapi juga akta-akta lain seperti Akta Fitnah, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Contohnya, SKMM telah mengesan individu yang menyebar gambar pegawai AmBank yang ditembak pada tahun lepas dan paling mengejutkan individu itu seorang pengguna Facebook bawah umur, iaitu berusia 16 tahun.

No comments:

Post a Comment