Wednesday, 19 March 2014

5 TAHUN USIA PERKAHWINAN, 2 CAHAYAMATA.... SARI YANTI FAILKAN PERMOHONAN CERAI.....

5 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan, Sari Yanti Fail Permohonan Cerai

Desas-desus mengenai penceraian pelakon jelita Sari Yanti telah pun disahkan melalui Harian Metro hari ini. Telah berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady pada 16 Januari 2009, Sari Yanti dikatakan telah memfailkan permohonan penceraian pada 25 Februari lalu.


sari yanti dan suami

Hasil perkahwinan mereka, Sari Yanti dan suami telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang masing-masing berusia 4 dan 2 tahun. Sepatutnya Sari Yanti dan suami menghadiri proses sulh pertama semalam di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban bagi membolehkan masalah rumah tangga mereka diselesaikan secara baik.

5 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan, Sari Yanti Fail Permohonan Cerai

 Namun proses sulh itu tidak dapat dijalankan kerana suaminya berada di luar negara atas urusan kerja.

No comments:

Post a Comment