Saturday, 15 March 2014

5 MAUT, KONSERT FMFA DI BUKIT JALIL DIBATALKAN


KUALA LUMPUR : Konsert Future Music Festival Asia yang dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil malam ini dibatalkan. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata pembatalan konsert itu berikutan terdapat lima kematian dipercayai pengambilan dadah berlebihan, malam tadi. 


UPDATE : 

Enam orang meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) malam tadi menyebabkan pihak penganjur terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis menasihatkan mereka berbuat demikian.
“Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014.
“Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin,” kata pihak penganjur dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook festival itu.
Portal berita The Star hari ini melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ).
Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.
Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun.
Polis berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital.
Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina.
Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival.
Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini.
Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan tetapi kami masih menunggu. Bassment Sindiket sepatutnya membuat persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan mereka dihentikan,” katanya. – 15 Mac, 2014.

Negara sedang berhadapan dengan musibah yang tidak pernah dijangkakan dan tidak pernah dialami oleh negara lain - KEHILANGAN PESAWAT BOEING 777-200ER PENERBANGAN MH370.... So, kalau bukan kerana 5 penonton maut pun, memang sangat elok Konsert FMFA di Bukit Jalil DIBATALKAN !!!

No comments:

Post a Comment