Tuesday, 18 February 2014

( VIDEO ) - PADERI PENGGAL KEPALA PATUNG BUDDHA DALAM UPACARA KRISTIAN ???




Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan punya berbagai agama sebenarnya sudah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri.

Sejak Merdeka , Malaysia terus melangkah ke hadapan dan terus melangkah daripada sebuah negara berunsurkan pertanian kemudiannya bertukar kepada negara perindustrian.

Kini Malaysia bukan sahaja punya kedua-duanya malah memiliki keupayaan sebagai salah satu negara membangun yang mampu bersaing dengan negara- negara lain termasuklah dalam bidang teknologi pembuatan dan sebagainya.

Kesan daripada kemajuan ini sebenarnya di dorong oleh sikap rakyatnya yang hidup dalam suasana harmoni dan majmuk , masing-masing tanpa mengira bangsa dan agama dapat hidup dan menjalani kehidupan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu.

Namun sejak akhir-akhir ini negara di hujani dengan pelbagai masalah yang sebenarnya berlaku kesan daripada faktor kemajuan itu sendiri.Bagi sebuah negara seperti Malaysia , kemajuan dan pembanguan itu penting kerana ia menjanjikan kehidupan yang jauh lebih baik bagi rakyatnya.

Oleh yang demikian sebagai rakyat kita juga seharusnya melihat kepada kesan negatif hasil daripada kemajuan yang di bawa.Bukan semua negara mampu bertahan seperti Malaysia apatah lagi dengan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.

Namun kerana kita punya sebuah kerajaan yang mampu mentadbir dan menangani setiap masalah yang berlaku maka kita masih mampu berdiri dan terus berjuang.

Seperkara yang membimbangkan dan kini sedang menular di kalangan masyarakat kita adalah kesan politik yang sebenarnya merosakkan banyak perkara yang sebelum ini di pelihara dengan begitu baik.

Hilangnya sikap hormat menghormati sesama kaum dan agama menjadi faktor terpenting wujudnya pelbagai desakan serta tekanan melibatkan kaum dan agama.

Sebagai contoh yang paling mudah adalah soal tuntutan kalimah Allah oleh pihak gereja dan bukan Islam.Semuanya bermula apabila pihak gereja mahu menggunakan kalimah Allah di dalam kitab bible kristian yang menjadi punca kepada kemarahan jutaan rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dan mereka yang beragama Islam.

Maka di sebabkan berlakunya tuntutan yang tidak masuk akal itu maka berlakukah satu Tsunami melibatkan orang-orang Melayu yang bangun menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Mungkin kerana hilangnya rasa hormat selain dari sikap pentingkan diri sendiri maka insiden ini berlarutan sehingga menjadi isu politik kepada pihak pembangkang apabila masing-masing cuba mendapatkan kredit hasil daripada tuntutan tersebut.

Isu tuntutan ini sebenarnya sudah mampu di selesaikan sekiranya semua pihak memahami sensitiviti perkauman dan agama yang terdapat di Malaysia khusunya agama Islam yang menjadi agama persekutuan seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Namun masih ada pihak-pihak di luar sana yang cuba untuk membesar-besarkan perkara ini sehingga ia menjadi masalah nasional yang bukan sahaja berbahaya kepada negara tetapi mampu mengundang kepada pergaduhan antara agama dan kaum.

Di tambah pula dengan sikap keras kepala Paderi Lawrence orang yang bertanggungjawab membawa perkara ini mahkamah menjadikannya lebih sensitif.

Memetik kenyataan di UtusanOnline , kenyataan Paderi Andrew telah membangkitkan protes dalam kalangan umat Islam di Selangor. Sebanyak 22 bahagian UMNO membuat laporan polis berhubung kenyataan paderi berkenaan yang dilihat sebagai provokatif. 

Pada 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan The Herald menggunakan kalimah 'Allah' dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Dalam masa yang sama Sultan Selangor sebagai Ketua Agama negeri Selangor telah mengeluarkan titah supaya tidak berlaku salah guna kalimah 'Allah' dan kalimah-kalimah yang lain yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Ia melanggar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Sudah tentu ada maksud yang tersirat mengapa kepimpinan Kristian Katholik berkeras mahu menggunakan kalimah 'Allah' ini dalam penerbitan sama ada bible versi bahasa Melayu atau risalah The Herald walaupun ia dilihat sensitif bagi orang Islam.

Apakah terdapat sebilangan pemimpin politik Islam bersetuju dengan penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan orang Kristian menyebabkan tampil keberanian untuk menentang undang-undang dan tidak merasa sensitif dengan perasaan orang Islam sendiri ?

Secara ilmiah isu kalimah 'Allah' telah dikupas dengan baiknya oleh banyak pihak bersandarkan nas-nas al-Quran dan analisis bandingan. Kalimah 'Allah' bukan sekadar suatu istilah tetapi ia memberi makna dan hakikat kepada kepercayaan mengenai keesaan Allah iaitu tauhid. Ia tidak sama dengan konsep triniti yang didukung oleh penganut Kristian.

Apakah ini cerminan daripada anutan faham pluralisme agama yang dianut oleh sesetengah orang politik yang berkepentingan menganggap "semua agama itu sama" atau pendekatan golongan liberalis yang mempunyai kefahaman yang longgar mengenai Islam dan perubahan.

Pada prinsipnya Islam tidak menolak kemajuan dan perubahan. Dalam tradisi Islam proses islah dan tajdid sering terjadi. Tetapi islah dan tajdid berlaku dalam tasawur atau Pandangan Semesta yang tidak bercanggah dengan syariat. Asas ini penting kerana syariat dan maqasid syariah dalam Islam jelas batasan dan skopnya.

Sekiranya isu kalimah 'Allah' terus dipolitikkan ia akan memberi kesan tidak baik terhadap hubungan orang Islam dan Kristian apalagi realiti Sabah dan Sarawak. Isu agama jika dipolitikkan boleh juga membawa kesan yang buruk kepada keamanan dan kestabilan negara.

Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan amat jelas mengenai kedudukan Islam dan bukan Islam. Peruntukan dalam Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga mengukuhkan lagi Perlembagaan Persekutuan. Raja, Sultan dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa sebagai ketua agama negeri masing-masing.

Kalau peruntukan ini tidak dihormati, isu agama boleh membawa konflik. Pemahaman yang tinggi, kesedaran yang mendalam amat diperlukan supaya maslahah bernegara berjalan mengikut landasan undang-undang dan etika keagamaan yang memberikan asas kefahaman dan toleransi.

Seperti kata Tun Mahathir dipetik daripada AIDC (1 Januari 2014), "Selama ini kita tidak pernah berbalah tentang kalimah 'Allah' kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah 'Allah' itu. Jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain. Tidak menggunakan kalimah 'Allah' tidak memudaratkan mereka".

Sedih sekali perkara pokok mengenai kalimah 'Allah' menyebabkan orang Islam berpecah. Ia dipertajamkan lagi dengan orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Tidak hairanlah mengapa orang lain tidak menghormati Islam kerana tokoh Islam sendiri ramai yang membisu dan kaku.

Walaupun insiden ini di lihat banyak pihak hanya melibatkan penganut Islam dan Kristian tetapi kesannya amat besar.Jangan sesekali menidakkan sikap dan hilang rasa hormat sesama kaum dan agama yang selama ini menjadi pegangan jutaan rakyat Malaysia mampu mengheret negara dan rakyat keseluruhannya berdepan dengan tindakan yang jauh lebih dasyat.

Isu penggantungan kain rentang di Pulau Pinang yang jelas menunjukkan pihak kristian berkeras mahu menggunakan kalimah Allah juga sudah cukup untuk memberikan gambaran kepada kita betapa isu ini sekiranya tidak di tangani dengan baik khususnya oleh semua masyarakat akan memberikan kesan yang cukup parah.

Penggantungan kain rentang terbabit hampir-hampir mencetuskan pergaduhan di antara agama di Pulau Pinang dan sehingga kini pihak yang terlibat masih GAGAL di kesan.Inilah yang membahayakan banyak pihak kerana ianya di lihat seolah-olah mahu melaga-lagakan penganut Islam dan kristian sedangkan pihak gereja di Pulau Pinang menafikan keterlibatan mereka.

Soalnya siapa yang melakukannya ?

Persepsi yang cuba di wujudkan ini amat berbahaya sekali kerana ia mampu menyebabkan mereka yang tidak berdosa teraniaya.

Ekoran daripada tindakan sedemkian , bukan sahaja agama Islam dan kristian yang menjadi mangsa keadaan tetapi juga sudah melibatkan agama lain pula.

Tatkala kalimah Allah menjadi rebutan para paderi kristian di Malaysia , kini muncul pula satu video berkaitan penyebaran agama kristian di kalangan penganut agama buddha yang tersebar di media-media sosial.




Video ini menunjukkan seorang paderi kristian telah berjaya membawa penganut agama buddha menjadi pengikut agama kristian.Malah video ini jelas menunjukkan lelaki yang di katakan paderi kristian terbabit bertindak memotong serta memijak kepala tokong buddha.

Persoalannya sejauh mana kebenaran video yang kini sedang tersebar di media-media sosial ini ?

Jika melihat kepada perjalanan rakaman tersebut banyak pihak akan berpandangan bahawa pihak kristian berjaya menghapuskan kepercayaan penganut agama buddha seterusnya memilih untuk menjadi penganut agama kristian.

Inilah sebahagian daripada kesan jangka panjang akibat sikap rakyat Malaysia sendiri yang hilang rasa hormat terhadap kaum dan agama orang lain.

Sesuatu harus di lakukan !

~UtaraNews

No comments:

Post a Comment