Sunday, 9 February 2014

UQASHA KATA PUTUS, PEKIN KATA TAK PUTUS



SAMA CANTIK SAMA PADAN ..... tetapi baru-baru ini hubungan mereka dikatakan telah retak....

Rasa macam masih baru lagi kisah mengenai sensasi keretakan hubungan cinta antara pelakon, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose seperti mana pernah dilaporkan sebelum ini. Bagaimanapun, dek salah faham yang turut memalit nama Sharnaaz Ahmad, dalam kemelut itu, semuanya kembali seperti sedia kala.

Itu kisah sekitar Oktober tahun lalu. Kemesraan makin diyakini apabila Pekin membawa bersama Uqasha pada sidang media mengumumkan Pekin sebagai finalis Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013 pada 22 Januari lalu. Uqasha turut setia menemani cinta hatinya sebagai tanda sokongan.

Namun, baru-baru ini, khabarnya pasangan ini kembali berantakan. Sukar dipastikan apakah ia masih lagi sekadar sandiwara atau memang benar mereka sudah berpisah. Lalu kedua-duanya dihubungi petang Rabu lalu. Namun, jawapan diperoleh daripada diri masing-masing agak mengelirukan.

Pekin Ibrahim Nafi Putus Cinta

However ya para pembaca, Pekin Ibrahim yang ditemubual wartawan yang sama menafikan bahawa hubungan mereka sudah putus dan merasa pelik jika ada ‘orang cakap’ yang mereka sudah berpisah dan batalkan rancangan perkahwinan.

“Hubungan kami masih OK. Pelik juga kalau ada yang cakap kami sudah putus. Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan dan tarikh kahwin juga masih belum ditetapkan lagi,” ujar Pekin Ibrahim menjawab persoalan kisah cintanya ini.

No comments:

Post a Comment