Saturday, 8 February 2014

TASIK SPOTTED YANG ANEH


Tasik biasanya berupa kawasan yang luas, tapi berbeza dengan Tasik Spotted di Kanada. Tasik ini berukuran kecil dan kelihatan banyak tompokkan di permukaan airnya.


Pengunnjung yang datang ke Kota Osoyoos di British Columbia, Kanada akan terpengun. Di sinilah terdapat Tasik Spotted yang berbeza dari tasik-tasik lain. Mungkin, tasik seperti ini tidak boleh anda temui di mana-mana. 

Tasik Spotted memang kelihatan mempunyai banyak tompokkan di permukannya. Anda tidak salah lihat, tompok-tompok tersebut merupakan kandungan yang sangat tinggi dari mineral yang berbeza-beza seperti magnesium sulfur, natrium sulfur dan kalsium. Ada 8 jenis mineral di tasik ini dan empat unsur lain seperti perak dan titanium.

Semasa musim panas tiba, kandungan mineral di tasiknya menguap dan meningalkan bekas tompok-tompok yang banyak. Selepas menguap, tompok-tompok di sana akan mengeras dan semakin kelihatan jelas. tompok-tompok tersebut masing-masing mengandungi mineral tersendiri dan juga mempunyai warna tersendiri, seperti putih, kuning pucat, hijau atau biru.

Dikatakan, air tasik tersebut digunakan sebagai bahan pembuatan peluru pada semasa Perang Dunia pertama. Tidak hanya itu, ribuan tahun lalu suku Indian di sana percaya air tasik tersebuut boleh menyembuhkan berbagai penyakit dan luka perang. Mereka telah menganggap tasik itu sebagai tapak yang suci.

Sejarah lain mencatatkan, Tasik Spotted dimiliki oleh Keluarga Smith Ernest selama 40 tahun. Smith ingin membuat spa tasik di sana pada tahun 1979, tapi ditentang masyarakat Indian setempat kerana bakal merosakkan tapak suci mereka.

Akhirnya, Smith menjual tanah seluas 22 hektar yang termasuk tasik tersebut hanya US $ 720 ribu . Pihak kerajaan membayar US $ 150 ribu dan selebihnya dibayar oleh Indian Affairs Department. 

Hingga kini, Tasik Spotted telah dipagar agar mencegah orang masuk ke sana. Tapi, anda boleh melihatnya dari luar pagar dan mengambil gambar keunikan tasik ini. 

No comments:

Post a Comment