Thursday, 6 February 2014

SYAITAN !!! 3 BERADIK LELAKI BUNUH DAN MAKAN MENTAH-MENTAH ORGAN DALAMAN IBU KANDUNG !!!

Foto
DANTE (kanan), Paroy (kiri) dan Ibrahim menafikan tuduhan bunuh ibu mereka.
Manila : Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu.
Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.
Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah.
Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.
Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.
“Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.
“Semuanya akan menjalani ujian dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. - Agensi

No comments:

Post a Comment