Thursday, 20 February 2014

PRODUK DOUBLE STEMCELL MENIPU PELANGGAN ???


Semakin ramai orang mempromosikan produk Double Stemcell di Facebook, blog, Twitter dan dimana-mana saja asalkan bisnes berkembang maju dan poket penuh. Tidak salah, tetapi keraguan mula timbul apabila produk Double Stemcell didapati tidak memiliki sijil halal yang sah dari JAKIM hasil pendedahan oleh wartawan TV3, Mazidul.

Terbaru, penyelidik stem cell pula tampil membongkarkan penipuan produk DSC yang didakwa menipu ramai orang. Baca pendedahan beliau di bawah:


Assalam,

Saya sebagai seorang penyelidik human stem cells, ingin bertanya kepada upline & downline double stemcells (DCS) ni.

1. Apakah definisi spesifik stem cells yang terkandung di dalam apple & grape? Sebagai contoh, saya determine human stem cells dalam darah tali pusat (cord blood stem cells) sebagai sel yang mmpunyai surface marker CD34-positive, CD38-negative & CD133-positive expression cell adalah stem cells yang boleh regenerate darah & salur darah. 

Ataupun contoh lain, sel yang mmpunyai protein keratin-19, protein Lgr5 & p63 sebagai epidermis/epithelial stem cell yang boleh regenerate kulit pada manusia. 

Memang tidak dapat dinafikan pada pucuk, akar & buah tumbuh-tumbuhan mengandungi stem cell atas sebab kita nampak berlakunya pertumbuhan & regeneration di situ. 

Tapi, apa bukti spesifik stem cellnya? So, jangan terkejut kalau selepas ini ada orang cakap kat pucuk ubi & akar (ubi kayu) tuh pun ada stem cell. 

Kalau tiada definisi spesifik, macam mana boleh tahu dalam buah apple & grape tuh ada stem cellnya? Berapa peratus kandungan stem cells dalam buah apple & grape tersebut? Berapa peratus kandungan stem cells yang masih hidup & aktif dalam bungkusan serbuk DSC tuh?

2. Stem cell manusia pun, bila nk guna (melalui transplantation) kena check HLA (DNA) kat penerima. Sebabnya, kalau penerima berlainan HLA (melebihi 2/6), maka akan berlaku reject reaction, dan stem cell manusia yang dipindahkan kepada penerima tersebut akan mati akibat reject reaction.

Begitu juga, sekiranya stem cells haiwan dipindahkan kepada manusia. So, apatah lagi plant stem cell. Mana ada rawatan regenerative stem cell dilakukan melalui pemakanan masuk mulut. Stem cell tumbuhan seperti apple & grape hanya berkesan untuk regenerate tissue kat pokok apple & grape sahaja laa. Pokok apple & grape ada high blood pressure, stroke & diabetes ke???

3. Kesan "epigenetic"?? Pulak dah. "plant stem cell mempunyai epigenetic yang menyerupai adult human stemcell"? 

Boleh bagitau tak research article lain yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli tuh explain pasal kesan"epigenetic" stem cell apple & grape nih? 

Mengikut bacaan saya di dalam research article pd journal Phytochem Rev. 7, pp599-605, 2008 & SOFWJournal 134, pp30-35, 5-2008 yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli (MibelleBiochemistry, Switzerland, pengasas produk DSC) takde pulak cerita pasal kesan epigenetic daripada stem cell apple & grape. 

Pada pendapat saya, kalau tak boleh bagi direct evidence & explaination pada statement #1 di atas, memang tak boleh laa nak berhujah menjawab statement #3 nih.

4. Kalau betul plant stem cell daripada apple & grape nih boleh regenerate tissue & organ pada manusia & penemuan ini disertakan bukti saintifik (publish article dalam journal seperti Nature & Cell Stem Cells, journal impact factor >30), Dr Fred Zulli tuh boleh dapat Nobel Prize laa nanti.

"Semoga Dr Fred Zulli berjaya & good luck"

Saya tiada apa-apa kepentingan di sini, sekadar ingin berkongsi ilmu yang dipinjamkanNya. Akhir sekali, tepuk dahi tanya kepala masing-masing.

Wassalam.

- Pengkaji stem cell, Dept of Hematology & Oncology, Research Center for Regenerative Medicine, Research Center for Cancer Stem Cell, Tokai University School of Medicine, Kanagawa, Jepun. - Sumber dari Facebook Ibrahim Abd Aziz

No comments:

Post a Comment