Wednesday, 19 February 2014

POLIS BURU LELAKI 'SPECIES' ANWAR IBRAHIM


SABAK BERNAM – Polis melancarkan gerakan memburu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Sungai Besar bagi membantu siasatan berhubung kes liwat yang dilaporkan berlaku petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, lelaki terbabit yang tidak memiliki pekerjaan tetap amat dikehendaki polis bagi membantu menyelesaikan kes liwat terbabit.

Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai menghilangkan diri sejak laporan polis dibuat dan lelaki itu diminta hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk diambil keterangan.(gambar hiasan)

“Polis masih meneruskan gerakan mengesan lelaki terbabit dan minta kerjasama daripada orang awam yang mengenali lelaki ini supaya tampil memberi maklumat jika terserempak serta mengetahui lokasi lelaki itu bersembunyi,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam,media melaporkan niat seorang pelajar tingkatan satu menziarahi neneknya yang tinggal berhampiran, bertukar detik hitam apabila dia diliwat bapa saudaranya sendiri di sebuah bilik tingkat atas rumah terbabit, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, remaja lelaki itu dipercayai datang ke rumah neneknya dan apabila tiba di rumah berkenaan, mangsa sempat duduk di ruang tamu rumah berkenaan.

Bagaimanapun, suspek dipercayai menyuruh mangsa mengambil pengecaj telefon bimbit di bilik atas rumah terbabit dan mengekori mangsa sebelum menutup pintu bilik sebelum bertindak memegang kemaluan serta meliwat mangsa.

Mangsa kemudiannya sempat menendang suspek hingga terjatuh dan melarikan diri sebelum kejadian itu disedari bapa saudaranya yang lain dan isterinya yang ketika itu berada di ruang tamu rumah.

Bapa saudara dan isterinya itu yang mengesyaki ada sesuatu telah terjadi kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa melalui Facebook.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebat, jika sabit kesalahan. 

No comments:

Post a Comment