Wednesday, 12 February 2014

PELIK - CURI TULANG MAYAT UNTUK PERUBATAN

HIASAN

ROMPIN – “Masyarakat Orang Asli sendiri tidak pernah mengamalkan kaedah perubatan dengan menggunakan tulang orang mati,” begitulah reaksi Tok Batin Kampung Deraman, Atan Abdul Rahman, 54, tentang kejadian enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 hingga 43 tahun yang ditahan polis kerana disyaki cuba mencuri tulang mayat di kawasan Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Deraman, Batu 3, di sini, malam Sabtu lalu.

Akibat kejadian tersebut, ia menimbulkan banyak persoalan dalam masyarakat berkenaan memandangkan peristiwa itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurut Atan, semasa ditahan semua suspek memberitahu mereka tiada pilihan dan terpaksa mencuri tulang mayat untuk tujuan perubatan namun enggan menjelaskan kaedah sebenar perubatan yang dimaksudkan itu.

“Bagi masyarakat Orang Asli memang tidak pernah mengamalkan kaedah perubatan dengan menggunakan tulang orang mati seperti itu, namun menurut rakan-rakan dalam kalangan masyarakat Melayu mereka mengesyaki suspek kemungkinan berniat mengadakan upacara pemujaan dengan mendapatkan tulang si mati mengikut kepercayaan dan amalan tertentu yang diarahkan bomoh.

“Kubur berkenaan milik seorang penduduk yang dikenali sebagai Jirat yang meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu malah selama ini penduduk tidak pernah digemparkan dengan insiden pelik seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Atan berkata, tahap pengawasan di kawasan perkuburan yang terletak di tepi jalan utama Rompin-Kuantan itu akan ditingkatkan supaya kejadian sama tidak berulang lagi. SH

No comments:

Post a Comment