Saturday, 8 February 2014

MISTERI VILLA TERKUTUK DI PULAU GAIOLA


Dari jauh, Pulau Gaiola di Naples, Itali kelihatan cantik dan jadi destinasi percutian. Tapi ternyata, pulau ini konon dikutuk. Ada berderet kisah misteri yang menyelimuti pulau ini. 

Cantiknya Pulau Gaiola di Teluk Naples, Itali ini membuat kawasan ini dilindungi. Pulau yang berada di kawasan Taman Bawah Laut Gaiola ini menjadi tarikan tersendiri bagi para pelancong terutama semasa musim panas.



Terdapat dua pulau kecil di sana, salah satunya vila yang tidak bertuan. Ada jambatan kecil yang kelihatan seperti semulajadi yang jmenghubungkan dua pulau tersebut. Dahulu, ada kuil kecil yang dikhaskan untuk Dewi Venus di pulau kecil bersebelahan yang bernama Pulau Euplea.



Sebenarnya masih banyak runtuhan bangunan kuno dari pulau tersebut. Kini runtuhan itu ada di dasar laut dan sudah jadi rumah bagi para hidupan laut. Misteri ada di vila megah yang tidak bertuan itu.

Kisah kutukan ini bermula pada tahun 1920 di mana pemilik vila pada semasa itu adalah seorang yang berasal dari Switzerland yang benama Hans Braun. Ia ditemui terbunuh di dalam vila dalam keadaan terbelit karpet. Tidak lama, isterinya juga meninggal kerana jatuh ke laut.



Pemilik selanjutnya adalah orang Jerman bernama Otto Grunback. Ia meninggal kerana mengalami serangan jantung ketika berada di dalam vila. Maurice-Yves Sandoz jadi pemilik selanjutnya yang meninggal dengan cara bunuh diri semasa mengidap sakit mental.

Masih banyak lagi kisah aneh yang dialami para pemilik vila. Kebanyakan dari mereka, berakhir tragis tidak lama selepas membeli vila tersebut. Kini vila terkutuk itu tidak berpenghuni dan juga tidak bertuan. Namun para pelancong tetap datang ke pulau itu untuk bercuti.

Bermain di sekeliling pulau atau melancong ke pulau sebelahnya jadi aktiviti kegemaran para pengunjung. Agaknya, kutukan tidak berlaku bagi mereka yang hanya bercuti ke sana, asal tidak membeli vila! SUMBER

No comments:

Post a Comment