Saturday, 1 February 2014

MENANG KERUSI DUN KAJANG, BOLEH TAWAN PUTRAJAYA .... ???

CITA-CITAnya menggunung tinggi ingin menjadi Perdana Menteri...tapi dia lupa  Rukun Iman yang ke-6  -  PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR .....
SHAH ALAM – Penganalisis politik menolak anggapan kemenangan PKR pada PRK Dun Kajang akan membantu usaha PR untuk menawan Putrajaya.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, ini kerana kemenangan di satu kerusi Dun tidak akan mengubah kedudukan majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
“Sekadar menang satu kerusi Dun yang sudah pun dimiliki sebelum ini tiada kena mengena dengan mahu menawan Putrajaya. Sedangkan kalau mahu menawan Putrajaya, perlu memiliki majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi.
“Bagi saya, momokan tersebut sukar diterima oleh pengundi di Kajang. Sebaliknya, itu hanya strategi PKR untuk tidak nampak lemah di Selangor,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang yang juga calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, Selangor menjadi landasan penting dalam usaha PR menawan Putrajaya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai kemungkinan BN akan meletakkan calon agamawan sebagai calon, Sivamurugan berkata, strategi itu kemungkinan tidak berhasil.
“Kemenangan Anwar di Permatang Pauh pada PRU13 yang melawan calon agamawan sudah membuktikan formula ini tidak semestinya membantu,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata, BN seharusnya memberi peluang kepada calon MCA sekiranya ingin meraih sokongan pengundi Cina yang meliputi 40 peratus penduduk di Kajang.
“Antara faktor utama pengundi Cina menolak MCA dalam PRU13 ialah kerana tindakan  pimpinan tertinggi yang mengorbankan beberapa kerusi.
Sekiranya tindakan ini dilakukan sekali lagi dengan menampilkan calon bukan MCA, saya tidak rasa pengundi Cina masih mahu memberi peluang kepada BN.
“Ini kerana mereka tidak melihat siapa calon, tetapi bilangan kerusi yang diberikan lebih penting,” katanya.

No comments:

Post a Comment