Saturday, 15 February 2014

LELAKI NORMAL INGIN MENJADI 'MANUSIA SYAITAN' SANGGUP LAKUKAN PEMBEDAHAN TANPA BIUS !!!

Foto

SETIAP ibubapa pastinya inginkan anak yang dilahirkan berada dalam keadaan normal dan seterusnya membesar menjadi 'manusia'. Tetapi agak pelik dengan seorang lelaki dari London yang ingin mengubah dirinya menjadi 'syaitan' seperti yang digambarkan di dalam filem-filem fiksyen. Ikuti kisahnya.....

London : Seorang bekas pengawal keselamatan sanggup menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik yang menyakitkan untuk menjadikannya kelihatan seperti “syaitan.”
Dengan imej lidah bercabang, gigi taring tajam dan tanduk di dahi, Diablo Delenfer, 43, yang berasal dari Kent, kini kelihatan seperti Lucifer yang menakutkan.
Delenfer yang menggelar dirinya ‘artis pengubahsuaian tubuh’ kini berusaha untuk memasang implan besi yang dilekatkan dengan skru pada tengkorak kepalanya bagi mendapatkan imej syaitan bertanduk yang lengkap. 

Memandangkan ‘pengubahsuaian tubuh’ tidak dibenarkan undang-undang United Kingdom (UK), keseluruhan pembedahan itu dilakukannya tanpa bius.
“Semua pembedahan dilakukan dalam keadaan saya sedar sepenuhnya. Saya melihat jarum pembedahan menembusi badan saya dan ia sangat menyeksakan. Tetapi sebagai ‘Manusia Syaitan’ saya tidak boleh takut dengan kesakitan,” kata Delenfer.

Antara pembedahan yang dilakukan Delenfer yang nama sebenarnya Gavin Paslow ialah membelah lidahnya, memasukkan implan untuk membentuk tanduk dan membuat tatu pada mata putihnya untuk menjadikannya merah. 

Walaupun ia amat menyakitkan, Delenfer tidak bercadang untuk berhenti melakukannya.

“Pengubahsuaian tubuh adalah cara hidup saya. Mungkin ia agak pelik tetapi inilah saya. 

“ Saya memilih cara begini kerana perkara lain sudah banyak dilakukan di United Kingdom atau di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, saya tidak membawa fahaman syaitan, ia cuma untuk keseronokan,” kata Delenfer. 

Delenfer membelanjakan lebih £10,000 (RM54,673) untuk hobinya itu dan dia mengakui proses berkenaan memerlukan belanja besar.

Kos yang tinggi itu juga perlu ditanggung pembayar cukai kerana Delenfer pernah didakwa menyelewengkan RM19,419 dengan beberapa penipuan membabitkan tuntutan faedah dan dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam. 

Dalam usaha merealisasikan impian melengkapkan proses itu dengan mempunyai ekor, Delenfer sudah melakukan pembedahan ke atas telinganya untuk kelihatan seperti telinga syaitan sebenar dan melukis tatu di seluruh tangan dan muka.

Dia mengaku hobinya menjejaskan hubungannya dengan masyarakat setempat.

“Ramai gadis yang tidak mahu mendekati saya. 

“Saya ingin mencari seseorang yang dapat melihat lebih dari imej ini dan menerima saya dengan seadanya. Walaupun sukar, saya tidak akan berhenti mencari,” katanya.

Dia juga mengakui imejnya menjadi perhatian ramai dan mendapat reaksi berbeza.

“Saya bukan syaitan sebenar, ia hanya sekadar imej,” katanya ketika ditemui, semalam.- Daily Mail

No comments:

Post a Comment