Tuesday, 18 February 2014

KES TUNTUTAN CERAI NURUL IZZAH - RAJA AHMAD SHAHRIR AKAN DISEBUT PADA 11 MAC 2014

Suami Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim (kanan) hadir bersama peguamnya bagi sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, Selasa. Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 11 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes cerai secara baik bagi pasangan terbabit. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR : Tarikh sebutan kes perceraian yang melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang difailkan terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar ditetapkan pada 11 Mac ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syariah Ab Malek Awang selepas bertemu peguam itu di ruang Mahkamah Syariah Rendah, Jalan Sri Hartamas Selasa.
Peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah memberitahu pemberita bahawa mereka sedang membincangkan perkara itu dengan harapan untuk menyelesaikannya secara baik, tetapi prosiding perceraian bersama masih berterusan di bawah Seksyen 47 Akta 1984 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) .
Suami Nurul, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba sendirian pada 10.30 pagi.
Nurul Izzah, 33, memohon untuk bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar,35, dalam petisyen yang difailkan pada bulan Disember.
Mahkaman Rendah Syariah di Jalan Sri Hartamas telah mengesahkan bahawa Nurul Izzah, anak perempuan sulung kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan petisyen di bawah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Kes tersebut 14001-055-0023-2014, pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang pada 21 Jan.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003, dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan anak lelaki berusia lima tahun.
Laporan awal berkata keluarga pasangan itu telah memujuk mereka untuk berdamai.
Pada tarikh tersebut merupakan hari penamaan calon bagi Kajang pilihan raya kecil di mana bapanya bertanding di situ – Mstar

No comments:

Post a Comment