Saturday, 15 February 2014

CHEF WAN KRITIK CHEF MUDA MUKA JAMBU.....FARISH JAWAB PERTAHANKAN KAWAN...


Pastinya semua yang sentiasa mengikuti program masakan akan mengenali chef nombor satu negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
 
Baru-baru ini , Chef Wan lantang menegur nasi lemak yang dibekalkan syarikat penerbangan MAS yang dikatakan menghidang sajian kebanggaan negara dalam keadaan yang tidak lengkap atau telanjang.

Ramai yang bersetuju dengan kritikan membina yang diberikan oleh Chef Wan mengenai perkara tersebut dan ia dipandang dari sudut yang positif .

Chef Wan Kritik Chef Nik Michael Imran Muka Jambu, Pengalaman Kurang: Farish Aziz Tampil Pertahan Kawan

Namun begitu, lain pula masalah yang timbul kali ini. Chef Wan secara lantang telah mengkritik seorang chef muda yang baru hendak membina nama dalam bidang masakan iaitu Chef Nik Michael Imran. Chef Wan mengatakan dia sangat kurang senang dengan situasi di mana kini dengan sewenang-wenangnya ramai individu boleh digelar sebagai selebriti chef. Tidak seperti zaman sebelum ini, di mana pengalaman memainkan peranan penting buat mereka untuk mereka diiktiraf dan bergelar chef.
Chef Wan menerusi laman Instagramnya telah menulis ,

“Jarang not even once a year i make an effort to watch our local cooking show as i have very little time to do so.Today while Spring Cleaning my X wife home with my son, my maid and my driver i happened to see this show. Not only i find the show terribly boring but the Kitchen set that was stage infront of a pelamin to be so hideous! Bila lah TV station kita ni akan berubah sikap mereka to produced a Cook TV Cook show with a better production Co that understand What TV Cookshow is all about? Bersepah contoh2 la, di TV cable antarabangsa yang lain today yang boleh kita belajar dan ambil contohnya. After 26 years being a TV chef u still see the same shit over and over again. Bila agaknya kita ni boleh maju ke hadapan sikit and buat sesuatu yg baik? We dont seem to progress at all and the Quality is also poor. Hari ini any Tom, Dick and Harry boleh jadi Celebrity Chef. Jika kita tengok kan CV mereka pengalaman dah la kurang, asal kan ada ” Rupa” boleh host terus jadi Celebrity Chef. Dulu2 kita nak belajar memasak dari orang yg tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya mcm orang tua kata la, dah banyak makan garam. Tapi these days yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain. How is these possible? Bukan ke dunia memasak ini has to do with skill labour? Yang Menang Master Chef baru setahun jagung pun dah keluar buku masak sendiri pada hal pengalaman di dalam dunia culinary mereka sangat lah kurang. But what to do semua ini ada lah kesilapan TV station itu sendiri yg keluar kan TV Chef hari ini asal kan dapat la tampa memikir kan the Quality and skill of that host itself”.

 Ekoran daripada apa yang ditulis oleh Chef Wan , pelakon dan pengacara, Farish Aziz yang mungkin sedikit ‘panas’ dengan kata-kata Chef Wan itu, tampil mempertahankan kawan baiknya dalam Instagramnya, dengan mempertikaikan kritikan terbuka Chef Wan itu yang dilihat tidak wajar baginya untuk mengaitkan wajah ‘jambu’ atau kacak yang dimiliki Nik Michael tanpa melihat kesungguhan jejaka itu dalam bidang masakan terlebih dahulu.\
 
Antara kata-kata yang ditulis Farish :

“Salam, Ini kawan saya. Nama dia Nik Michael Imran. I met him 1st time back in 2012, Fear Factor bootcamp. I was like, ‘sape mamat ni?’ (Aku tau kau pun tanya soalan yg sama Nik). 1st impression (sebelum tegur), mesti mamat ni poyo, berlagak and Mat Salleh wannabe. How wrong can i be! Nik adalah seorang yang humble, Jovial and fun to work and be friend with! Tujuan saya post pic and ‘karangan’ ni bukanlah nak ajar adik2 tahun 3 & 4 on how to compose a karangan on ‘ini kawan baik saya’, sebaliknya adalah in support of my dear friend Nik. Harini dia kena criticise, bash or whatever u wanna call it PUBLICLY by his idol/someone he look up to. Kesalahannya? Budak mentah keluaran Masterchef dan bermuka Jambu! Why??? Where’s the ?? if i may ask?? U cerita pasal u ada pengalaman bertahun2 and nowadays senang2 jer production amek org yg setahun jagung utk ‘ajar’ org lain. Ur pengalaman bertahun2 start somewhere kan? So now it’s Nik’s time to start somewhere and timba the pengalaman. Why can’t u show some ?? In that? Ure a senior idol to many, criticise the way he should host or interact etc for him to improve, why do you want to criticise him for having a ‘rupa’ Or keluaran Masterchef? If u have a problem with the show by all means kritik lah mereka supaya mereka boleh improve. Tapi to criticise a person PUBLICLY for unrelated issue and without even knowing the person personally that’s just disrespectful. We ?? u Nik, just do whatever u do best regardless kau keluaran Masterchef ke, kilang jelly inanam ke,kedai kopi simpang 4 ke. Kalau kau sincere and kau bagus, i can’t see why tv stations/productions akan stop budak ‘jambu’ mcm kau utk terus jadi celebrity chef…. (walaupun aku rasa aku lagi bagus hosting dari kau…

Sumber : Brader Panas

No comments:

Post a Comment