Monday, 3 February 2014

APA KATA MB TERENGGANU SELEPAS PULANG DARI ANTARTIKA .....


Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang dalam perjalanan pulang dari Antartika memberi pandangan bahawa sudah sampain masanya saintis Islam dan negara-negara Islam mengadakan penyelidikan secara serius di kutub selatan itu, malah sepatutnya telah lama.

Ini kerana untuk memberi imej dan gambaran yang baik terhadap umat Islam dan tidak membiarkan orang bukan Islam sahaja berbuat demikian, malah beliau menyebutkan itu sebagai fardhu kifayah bagi umat Islam selaras dengan ayat Al Quran yang ada menyebut bahawa tiap-tiap apa yang dijadikan Allah sama ada di langit atau dibumi tidak sia-sia.
 
“Saya rasa sepatutnya menjadi tanggungjawab saintis Islam membuat penyelidikan di Antartika kerana ia bertepatan dengan ajaran Islam supaya kita menimba ilmu di mana sahaja tempat,” katanya dalam satu sesi temuramah dengan Manis FM yang disampaikan melalui whatsapp.


Kalau tidak, kita umat Islam akan terus ketinggalan malah dengan berbuat demikian kedudukan imej orang Islam akan meningkat dan setanding dengan bukan Islam, katanya. 

Baginya tiada masalah bagi umat Islam, khususnya saintis untuk berada di sana bagi tujuan penyelidikan kerana bekalan makanan halal boleh di bawa ke sana tanpa halangan.

Begitu juga, beliau berkata kalau gereja boleh dibina di kawasan penyelidikan, apa salahnya kita orang Islam membina surau, tempat orang Islam menunaikan sembahyang.

"Orang bukan Islam yang bersama lami di sini kagum dan terharu melihat kami menunaikan solat jemaah dan berpuasa semasa berada dalam eksplorasi Antartika itu dan amat mengalu-alukan kehadiran kita sehingga bertanya bermacam-macam soalan mengenai umat Islam kepada kami," kata Dato' Seri Haji Ahmad.

Menteri Besar Terengganu itu yakin bahawa suatu masa Malaysia akan mempunyai juga stesen penyelidikan sendiri di sana, walaupun buat masa sekarang menumpang dengan stesen pihak negara lain.

"Kalau Peru bukanlah kuasa besar dan maju ekonominya boleh membuka beberapa stesen penyelidikan di Antartika, saya percaya negara Islam pun boleh berbuat demikian termasuk Malaysia," katanya dalam wawancara itu. SUMBER

No comments:

Post a Comment