Monday, 10 February 2014

ADENAN SATEM CALON TERATAS GANTI TAIB MAHMUD ???

adenan-bin-haji-satem

PETRA JAYA : Nama Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (gambar) disebut-sebut berada pada kedudukan teratas sebagai pengganti Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Abdul Taib dijangka menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, di sini minggu ini bagi menyatakan secara rasmi hasratnya mahu bersara, seterusnya mengemukakan nama Adenan sebagai pengganti.

Difahamkan, perkara itu dimaklumkan Abdul Taib kepada Adenan ketika kedua-duanya mengerjakan umrah akhir bulan lalu, yang turut disertai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya dan Pengarah Yayasan Sarawak, Datuk Abu Bakar Marzuki.

Sumber memberitahu BH, pemilihan Adenan adalah bersandarkan kepada pengalaman luas beliau dalam kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang juga parti tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Ini turut didorong pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuk sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Abdul Taib mempunyai kepercayaan tinggi terhadap Adenan, malah turut melantiknya sebagai Penasihat Ketua Menteri dan Menteri Tugas Tugas Khas sekembalinya beliau ke Sarawak.

Difahamkan, pemilihan itu dimaklumkan Abdul Taib kepada Adenan ketika mengerjakan umrah akhir bulan lalu, yang turut disertai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya dan Pengarah Yayasan Sarawak, Datuk Abu Bakar Marzuki.

Sumber memberitahu BH, pemilihan Adenan bersandarkan pengalaman luas beliau dalam kepemimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang juga parti tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Ini turut didorong pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuk sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Abdul Taib mempunyai kepercayaan tinggi terhadap Adenan, malah melantiknya sebagai Penasihat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-Tugas Khas sekembalinya beliau ke Sarawak.

Calon paling tepat

“Justeru, Adenan dilihat sebagai calon paling tepat bagi menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri yang sememangnya cukup mencabar dalam memimpin negeri yang dihuni lebih 27 etnik dan suku kaum,” katanya.

Menurut sumber lain, sebagai ‘orang lama’ dalam kancah politik, kepercayaan Abdul Taib tidak berbelah bahagi terhadap Adenan, malah Ketua Penerangan PBB itu sering bertindak sebagai orang kanannya sebelum ini.

“Adenan sering dihantar Abdul Taib sebagai ‘orang tengah’ atau perunding dalam menyelesaikan masalah dihadapi parti komponen BN Sarawak sebelum ini.

“Adenan cukup masak dengan perkembangan politik di Sarawak dan mahir dalam pentadbiran negeri, beliau calon paling sesuai,” katanya.

Katanya, banyak pihak, termasuk komuniti perniagaan melihat Abdul Taib selaku Yang di-Pertua Negeri dan Adenan mengetuai kerajaan sebagai gandingan terbaik untuk terus memastikan kesinambungan pembangunan dan ekonomi negeri.

Berundur hujung bulan

Sementara itu, Abdul Taib sempat berseloroh kepada media yang ingin mendapatkan kepastian tarikh tepat persaraan beliau dari arena politik dan kerajaan negeri yang akan berlaku akhir bulan ini.

“Bagilah saya ambil gaji (penuh) Februari dulu,” katanya selepas mempengerusikan pertemuan khas bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sarawak, di Ibu pejabat PBB, di Jalan Bako, di sini, semalam.

Katanya, ada dua lagi peringkat perlu dilakukannya sebelum menyerahkan jawatan Ketua Menteri yang disandangnya sejak 33 tahun lalu, iaitu menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin bagi mengemukakan nama penggantinya.

“Ada dua lagi langkah perlu saya lakukan dan tiada apa-apa pengumuman (nama pengganti) akan dibuat esok (hari ini). Saya perlu bertemu Yang di-Pertua Negeri terlebih dulu bagi menyatakan hasrat mahu bersara, seterusnya mengemukakan nama pengganti (yang dipilih). Yang pasti, saya akan bersara hujung bulan ini,” katanya.

Selain Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, turut hadir Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan Ikom dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Peter Chin Fah Kui. – BH.

No comments:

Post a Comment