Monday, 6 January 2014

SUKA DUKA RUMAHTANGGA ARTIS 2013


Mari kita mengimbau semula kenangan manis dan pahit di kalangan selebriti di Malaysia. Bilangan kes perceraian membabitkan selebriti di Malaysia agak tinggi. Timbul persoalan adakah kahwin dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini? Kahwin belum sampai setahun, sudah bercerai. Peliknya, yang sudah kahwin berpuluh-puluh tahun dan mempunyai cucu pun bercerai juga. 


Rita Rudaini & Aidil Zafuan

Pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26 dan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 37. Biarpun telah bercerai, konflik mereka dilihat masih berterusan apabila Rita kini menuntut nafkah yang sepatutnya daripada Aidil. Dalam kenyataan Aidil, dia mendakwa marah terhadap SMS Rita terhadapnya yang penuh dengan kata kesat dan mengaku membaca sebanyak 10 kali sebelum menghantar SMS perceraian.


Enot & Zainul Abidin

Pelakon dan pelawak, Enot mengakui sedia meneruskan hidup tanpa suami setelah nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 42. Sebelum itu, Enot juga pernah berkahwin dengan seorang lelaki dan bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan tersebut, Enot dikurniakan dua anak iaitu Andria Balqis, 12 dan Ariana Qaseh Qistina, 6.


Benjy & Safiya Stepance Kar Leng

Anak kepada seniwati Azean Irdawaty, Benjy dilaporkan telah bercerai buat kali kedua dengan isterinya, Safiya Stephance Kar-Leng. Pelakon yang mencetuskan kontroversi kerana pernah didakwa atas tuduhan kes dadah, memberitahu mereka bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi mereka masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak mereka berdua dengan baik. Perceraian ini adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu. Mereka mendirikan rumah tangga sejak 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 7 tahun.


A. Aida

A. Aida bersama suaminya, Suffian, akhirnya mereka berdua telah menemui jalan penyelesaian apabila mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai talak dua. Pasangan itu bercerai secara baik dan bersetuju menjaga anak tunggal bersama, namun hak jagaan kekal diberikan kepada Aida. Suami A. Aida mahu menceraikannya dengan talak tiga namun mahkamah tidak mengizinkan.Aida ketika ditemubual meluahkan perasaan terkejutnya serta menganggap keputusan Suffian untuk menceraikannya dengan talak tiga adalah satu penghinaan kepadanya sebagai wanita. Aida dan Sufian bernikah pada 20 April 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 4.



Noniswara & Datuk Rosman

Orang ketiga merupakan penceraian kepada pelakon seksi ini. Khabarnya, Maznah Zulkifli yang terkenal dengan aktiviti lasak menjadi punca penceraian tersebut. Dalam kenyataan Noniswara menyatakan mengenai penceraian ini ““Siapa sangka kawan sendiri sanggup mengkhianati saya. Dia juga rakan artis. Saya mengenalinya dengan rapat malah dia pernah meminta saya mencarikan teman lelaki untuknya”.

Ikatan perkahwinan yang dibina selama lima tahun antara Noniswara dan Datuk Rosman terputus di tengah jalan apabila pasangan ini bercerai secara taklik. Nonis membuat tuntutan cerai selepas suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah.


Zahnita Wilson

Model terkenal Zahnita Dorothy Hussein Wilson mengakui yang beliau sudah memfailkan tuntutan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor pada 18 November lalu selepas lapan tahun berkahwin. Mengakui rumah tangganya bergolak semenjak penghujung 2011, Zahnita dan suami telah menghadiri kaunseling sebagai langkah untuk menjernihkan keadaan. Namun, sayangnya semua usaha itu tidak berjaya.

Dalam peristiwa yang pahit pastinya ada kenangan yang manis di dalam tahun 2013 ini. Pada tahun ini juga kita dapat lihat ramai selebriti Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka dengan pilihan pasangan masing-masing. Berita perkahwinan mereka ada yang mendapat reaksi baik dari peminat dan ada juga cetuskan kontroversi seperti pernikahan secara senyap Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Tidak lupa juga “Wedding of the Year” Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin yang menarik perhatian rakyat Malaysia gara-gara isu perkahwinan mereka yang menelan kos jutaan ringgit. Mari kita lihat senarai selebriti yang memilih tahun 2013 untuk melangkah ke alam perkahwinan.


Aeril Zafril & Wawa Zainal


Rozita Che Wan & Zain Saidin


Fizo Omar & Mawar Fareeda


Beego & Linda Hashim


Diana Amir & Mohd Habib


Black Mentor & Naquya Yasirah


Adam af2 & Fiza Elite


Asyrah Muslim & Wan Sakinah


Izzue Islam & Awin


Wan Maimunah & Makpol Saimon



No comments:

Post a Comment