Wednesday, 15 January 2014

SETIAUSAHA PENGELOLA PKR 'KERJAKAN' AMY SEARCH SAMPAI MUFLIS !!!


Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dikhabarkan sedang bertungkus lumus dan memujuk Setiausaha Pengelola PKR, Radin Shamsul Kamar agar menyelesaikan segera masalahnya dengan penyanyi rock terkenal Malaysia, Amy Search setelah penyanyi terbabit mengambil pendekatan Facebook untuk meluahkan perasaannya setelah dianiayai oleh Radin Shamsul Kamar.

Baru-baru ini, Amy Search telah dikenakan tindakan muflis oleh mahkamah kerana dikatakan gagal membayar hutang berjumlah enam angka untuk konsert jelajah Search di seluruh negara sekitar tahun 2009.

Bagaimanapun, berdasarkan luahan perasaan Amy yang tercatat dalam Facebook, pinjaman tersebut sebenarnya bukan dibuat oleh Amy, sebaliknya 'seorang rakan karib' yang menggunakan nama syarikatnya. Amy dan syarikatnya hanya mendapat 10 peratus daripada jumlah pinjaman berkenaan. Manakala bakinya, 90%, telah diambil oleh orang terbabit.

Siasatan mendapati Radin Shamsul Kamar, Setiausaha Pengelola PKR merupakan 'rakan karib' yang dimaksudkan oleh Amy Search.


Radin Shamsul Kamar merupakan orang yang didakwa cuba menyogok RM3000 setiap seorang kepada anggota-anggota penguatkuasa yang telah menangkap khalwat seorang lagi pemimpin terkenal PKR, Badrul Amin Baharom di sebuah hotel di Kuantan pada penghujung Februari 2012. Sogokan tersebut bertujuan untuk menutup mulut dan agar berita tersebut tidak tersebar memandangkan PKR sedang mengadakan program retreat di hotel berkenaan.

Radin Shamsul Kamar juga merupakan orang yang dikaitkan dengan penyelewengan dan salah guna dana Perbadanan Menteri Besar Selangor serta telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM, Tingkat 8, Wisma PKPS dengan diiringi oleh dua orang peguam PKR, Latheefa Koya dan N.Surendran.

Ps : Nasib malang bila mempercayai orang yang kaki menipu.




No comments:

Post a Comment