Akhirnya pihak Kristian mengakui bahawa Kalimah Allah memang merupakan alat yang cukup ampuh untuk misi murtadkan umat Islam.
Laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the “Son of God” telah membongkar rahsia sebenar
niat jahat pihak Kristian untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” untuk tujuan penyebaran agama Kristian. Missiologist Kristian berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks”. Oleh itu Kalimah Allah yang sinonim dengan umat Islam mahu dipergunakan untuk memudahkan misi murtadkan Islam.Mereka mahu penggunaan Kalimah Allah ini untuk membuka minda umat Islam untuk menerima dan membaca Bible. Mereka mensasarkan untuk murtadkan umat Islam terutama bagi mereka yang masih lemah akidah dan pengamalan agama. Sebuah organisasi Kristian, The People of the Book yang termuat dalam risalah strategi mereka mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam.
John Hultvall, seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.
Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian juga telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Kaedah ‘The Camel’ dalam penyebaran agama Kristian kepada orang Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada Kristian dengan mengunakan kalimah ‘Allah’ sebagai ‘jambatan’ untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.
Oleh itu tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang jelas tidak menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible berbahasa Melayu sekaligus menderhaka terhadap titah perintah Sultan Selangor amat biadap dan tidak boleh diterima. Beliau terlalu berani kerana bertindak atas tujuan yang cukup jelas untuk memurtadkan umat Islam. Kami rakyat Malaysia yang agama rasminya Islam amat terpukul dengan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Kita menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan maksima terhadap petualang agama ini.
Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama selama ini berada dalam keadaan aman, tidak seperti negara-negara lain yang berperang dan berbunuhan. Sikap DAP yang berkeras mahu menggunakan Kalimah Allah untuk Kristian menunjukkan betapa mereka tidak peduli kepada sensitiviti umat islam. Jelas mereka cuba menyakiti hati rakyat. Mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati keputusan mahkamah.
Umat Islam dan Bangsa Melayu perlu bersatu demi menjaga kepentingan dan kesinambungan kita. Tidak mungkin kita boleh bergantung kepada pihak yang dari dulu kini dan selama-lamanya sentiasa bercita-cita menghancurkan kita dari luar dan dalam. Ingatlah BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.
Sumber: http://www.mykmu.net/?p=38903
This sinister intention is known to many Muslims. In Malaysia this is a last resort for a faith that is losing its grip especially in the west! Christianity is a cooked crap that has become so enormous until this crap entangles itself and snaps open to reveal the disgusting content. That is why "God is dead" according to Niestze, a son of a Christian priest! Christians in Malaysia your evil intention is actually evil in your Christian disguise! I am sure when the true Yehesua returns he has nothing but furiously weep for what evil you have done!!!
ReplyDelete