Tuesday, 14 January 2014

MAHKAMAH BENARKAN PERMOHONAN SHAFNIE NAIKKAN TUNTUTAN NAFKAH ANAK TERHADAP AC MIZAL

shafnie ac mizal

Hari baik, berita yang baik untuk Shafnie Zainuddin, bekas isteri kepada pengacara popular, Datuk AC Mizal. Mahkamah Rendah Syariah Kajang telah membenarkan permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah 2 orang anaknya hasil perkahwinannya dengan AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.


Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.
Perintah ini berkuatkuasa sehingga kedua-dua anak tersebut berusia 18 tahun atau sehingga tamat tamat pengajian atau mana-mana yang kemudian. Ketika keputusan ini diumumkan, AC Mizal gagal hadir kerana sedang menjalani penggambaran sehingga bulan Februari.
ac mizal shafnie
Semoga semua pihak yang terbabit berpuas hati dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Ingatlah bahawa anak ialah tanggungjawab kita.  Besar nanti kalau kita sakit, anak-anak jugalah yang akan tolong jaga. SUMBER

No comments:

Post a Comment