Monday, 13 January 2014

KOREA SELATAN TAJA KEMASUKAN TENTERA AS

Rakyat News

SEOUL - Korea Selatan bersetuju untuk membayar 920 bilion won ($866.86 juta) pada 2014 bagi membiayai kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS), iaitu peningkatan 5.8 peratus berbanding tahun lalu.

Pegawai AS dan Korea Selatan memeterai perjanjian selama lima tahun bagi berkongsi pembiayaan untuk penempatan 28,500 orang anggota tentera AS selepas beberapa siri rundingan sejak awal tahun lalu.

Bagaimanapun, perjanjian itu perlu mendapat kelulusan Parlimen Korea Selatan.

Washington terdahulu memutuskan untuk menghantar lebih ramai askar ke Korea Selatan bulan depan sebagai usaha mengimbangi Asia selepas lebih dua dekad berperang di Afghanistan dan Iraq. - Reuters

No comments:

Post a Comment