Wednesday, 22 January 2014

KANAK-KANAK PEREMPUAN 2 TAHUN DIBUNUH KEJAM

GEMPAR...Kanak-Kanak Lima Tahun Ditemui Mati Dibunuh Di Paka, Terengganu!

DUNGUN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi.
Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.
Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.
Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
SEMENTARA itu Mynewshub.my difahamkan, kira-kira tiga hari lepas ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu sewaktu berjumpa seorang rakan di sebuah restoran kira-kira pukul 7.30 malam.
Dikatakan dia hanya meninggalkan anaknya di dalam kereta kira-kira lima minit sebelum mendapati anaknya itu tiada dalam kenderaan tersebut.

kes bunuh rumah
*RUMAH lokasi kejadian


Menurut sumber, ibu berkenaan juga memaklumkan pernah menerima ugutan daripada seorang lelaki berkaitan dengan masalah hutang. – Mynewshub.my

1 comment:

  1. SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...


    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete