Wednesday, 8 January 2014

JEMAAH UMRAH TERKANDAS DI MEKAH MINTA PEJABAT PERDANA MENTERI BAWA PULANG

rakyatnews

KUALA LUMPUR 7 Jan - Jemaah umrah yang terkandas di Mekah sejak 3 Januari lalu memohon daripada pihak Pejabat Perdana Menteri agar mencari jalan penyelesaian untuk membawa mereka pulang ke tanahair.
 
Menurut salah seorang jemaah umrah yang menjadi mangsa terkandas, pihak agensi pelancongan Tiram Travel masih gagal menetapkan tarikh untuk mereka pulang ke tanahair.
 
"Alasan yang diberikan oleh agensi berkenaan ialah tiada penerbangan, walaupun kami sepatutnya menaiki pesawat sewa khas," katanya.
 
Tambahnya, beberapa jemaah yang dipercayai mempunyai "kabel" telah dibelikan tiket penerbangan komersil oleh agensi terbabit.
 
Sebelum ini, media tempatan melaporkan kira-kira 800 jemaah umrah dari seluruh negara tidak dapat menunaikan hasrat itu apabila pesawat yang sepatutnya membawa mereka ke Jeddah, Arab Saudi, tidak muncul.
 
Mereka yang sepatutnya berlepas dari beberapa lapangan terbang di seluruh negara tidak kesampaian meskipun sudah membayar RM6,100 seorang kepada agensi yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah.
 
Akibatnya, ada jemaah dikatakan terpaksa menginap di hotel, inap desa atau menumpang rumah saudara selepas syarikat itu menangguhkan perjalanan mereka sebanyak empat kali.
 
Ekoran dua isu tersebut itu, timbul persoalan samaada isu tersebut melibatkan agensi pelancongan yang sama ataupun tidak.

1 comment:

  1. Sangat simpati......mohon juga Jabatan Perdana Menteri dgn Kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia myiasat penipuan oleh agensi TIRAM TRAVEL terhadap jemaah mereka yang telah pergi n balik...

    ReplyDelete