Saturday, 18 January 2014

HINA ULAMA - ANTARA HARUSSANI DAN NIK AZIZ

muzakarah

Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan pada Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermuzakarah baru-baru ini. Kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan itu sewajarnya menjadi garis panduan terhadap umat Islam di negara kita bagi menangani maslahat ummah di era yang semakin “kurang ajar” ini…

Antara kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menarik ialah berkenaan sikap segelintir pihak yang suka menghina golongan ulama sesuka hati apabila pandangan yang diberikan tidak menyebelahi mereka.

Selain itu, Majlis Fatwa Kebangsaan juga memberi sokongan penuh pada JAIS dan bertegas bahawa 351 naskhah Bible yang menggunakan kalimah “Allah” itu supaya tidak dikembalikan. Malah ulama-ulama muktabar tanahair itu setuju mengatakan isu rampasan Bible dan kalimah “Allah” itu sebagai “umpan politik” dari pihak tertentu…

Sebelum ini, ulama seperti Mufti Besar Perak, Tan Sri Harussani dan pendakwah terkenal seperti Ustaz Kazim Elias sering dihina, dicaci maki, dikutuk dan digelar dengan pelbagai gelaran yang tidak baik. Malah ulama-ulama muktabar negara itu pernah diugut dan diancam pihak-pihak tertentu apabila pandangan serta hukum yang diberikan tidak memenuhi selera nafsu mereka.

Misalnya, Tan Sri Harussani pernah digelar sebagai “ulama UMNO”, “Haramsani” dan pelbagai lagi kata nista yang dilemparkan padanya, terutama setelah beliau memberikan pandangan tentang peserta demonstrasi “Turun Guling Kerajaan” yang disabitkan dengan “bughah” (derhaka). Beliau teruk dihina…

ScreenHunter_01 Jan. 17 06.09

Begitu juga dengan Ustaz Kazim dan ramai lagi ulama di negara kita mengalami nasib yang sama. Adakalanya, ulama-ulama Islam itu meluahkan rasa hati yang kecewa, sedih dan kesal dengan segala hinaan yang mereka terima. Mujurlah mereka kenangkan cabaran Rasulullah SAW yang lebih teruk diduga dengan ujian lebih hebat. Ulama kita kembali bersemangat…

Agaknya, siapa yang selalu hina ulama muktabar di negara kita? Hina Nik Aziz? Nik Aziz ulama Islam atau “ulama politik”? Pada saya terdapat dua perbezaan yang besar antara “ulama Islam” dan “ulama politik”.

ustazkazim

Kalau setakat “bekas ustaz di sekolah”, ia masih tidak wajar dikategorikan sebagai ulama muktabar, bukan? Apatah lagi kalau selalu keluarkan “fatwa songsang”, muktabar apa begitu? Lagipun, kita sebagai umat akhir zaman ini, sudah tentu akan selalu berdepan dengan “ulamaa’us suuu” yang mampu memesong fahaman kita.

Takkanlah ulama yang hina Rasulullah SAW kononnya Muhammad SAW itu sama seperti “mamat” dan “muhammad” di serata dunia itu layak digelar ulama muktabar? Agak-agaklah…

Saya kagum dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang pantas menghidu motif politik yang tersembunyi di sebalik isu penggunaan kalimah “Allah” dan rampasan Bible oleh JAIS. Apa agaknya motif politik yang dimaksudkan Majlis Fatwa Kebangsaan itu?

Namun pada saya, saya berpandangan motif politik pihak tertentu itu adalah terhadap fokus persediaan pihak Pakatan Haram untuk berdepan dengan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak tidak lama lagi. Sebagaimana maklum, Sarawak merupakan antara “fix-deposit” BN yang ampuh dan sukar ditembusi pembangkang.

Desas-desus penganalisis politik mendakwa bahawa isu berkenaan ada hubungkaitnya dengan PRU Negeri Sarawak di mana pihak pembangkang dijangka tidak akan memberikan fokus pada isu pembangunan, tetapi mereka akan memberikan fokus kempen mereka terhadap sensitiviti agama di sana.

Kata mereka, isu pembangunan yang diberikan BN selama ini di Sabah dan Sarawak takkan mungkin dapat ditandingi pihak Pakatan Haram. Justeru mereka dijangka akan mencetus kebencian dari sudut isu agama, khususnya isu yang membabitkan agama Kristian.

Justeru, isu kalimah “Allah” yang dibenarkan Kerajaan BN untuk digunapakai penganut Kristian dan Bible di negeri Sarawak dijangka akan menjadi modal kempen bagi majoriti penganut Kristian di kawasan bandar untuk mendesak BN agar melaksanakan perkara yang sama di Semenanjung Malaysia.

Manakala di kawasan luar bandar pula, mereka dijangka akan menakut-nakutkan penganut Kristian mengatakan bahawa BN akan mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” di Sarawak. Berkemungkinan petikan akhbar dan kenyataan pemimpin BN yang mempertahan kalimah “Allah” di Semenanjung akan disebarkan di kawasan pedalaman Sarawak nanti…

Tahniah Majlis Fatwa Kebangsaan. Muzakarah di awal tahun 2014 ini begitu bermanfaat bagi umat Islam di negara kita. Sama ada kita sedar tentang kepentingan yang dinyatakan Majlis Fatwa Kebangsaan atau tidak, terserahlah pada diri masing-masing. Namun pada saya, kita perlu cepat-cepat sedar sebelum terlewat bertemuNya…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Post a Comment