Tuesday, 7 January 2014

GEMPAR !!! MAYAT WANITA SEPARUH BOGEL TERGANTUNG DI DAHAN POKOK DURIAN


Penemuan mayat wanita yang tergantung ini, dengan hanya memakai baju dalam dan seluar dalam, benar-benar menggemparkan penduduk sekitar Sungai Choh, Hulu Selangor pagi tadi.

Seorang lelaki yang melalui kawasan ini kira-kira jam 7-50 pagi tadi, pada mulanya menyangkakan ia adalah anak patung dan digantung untuk tujuan gurauan.


Lelaki terbabit pada mulanya melalui kawasan ini sebagai jalan pintas untuk ke stesen Petronas yang terletak kira-kira 100 meter, untuk membeli rokok.

Kawasan ini terletak di atas bukit dan berhampiran rumah penduduk, manakala untuk melalui jalan pintas ini, terpaksa melalui belukar kecil.


Bagaimanapun, alangkah terperanjatnya lelaki terbabit , apabila dia mendekati objek tergantung itu, rupanya adalah mayat seorang wanita, tergantung dengan lehernya terlilit seutas tali yang diikat di dahan sebatang pokok durian.


Rambutnya yang panjang menutupi muka dan mangsa hanya memakai baju dalam berwarna putih dan berseluar dalam berwarna gelap.

Lintang-pukang lelaki itu berlari ke arah stesyen minyak itu dan segera memaklumkan kepada pekerja di situ yang kemudian menelefon polis.


Polis yang tiba tidak lama kemudian, pada mulalanya menyangka ia adalah kes bunuh diri.

Bagaimanapun, siasatan lanjut termasuk dari Unit Forensik IPK Selangor mendapati kes mempunyai unsur jenayah. Kaki mangsa didapati tidak tergantung, dan ia mencecah tanah, manakala kedua-dua kakinya juga terikat.

Menurut Timbalan Ketua Polis daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Md Rashid, terdapat kesan calar di peha dan kakinya di mana dipercayai berlaku pergelutan.

Polis percaya, lebih seorang yang melakukan perbuatan kejam ini berdasarkan keadaan mayat mangsa. Mangsa yang masih masih belum dikenalpasti identitinya, berkulit cerah dan berusia lingkungan awal 20 tahun.

Siasatan di tempat kejadian menemui botol arak dan cebisan sekeping tiket bas yang mempunyai nombor siri dan polis akan turut menyiasat kaitan penemuan itu dengan mangsa.

Bagaiamanapun, belum dapat dipastikan adakah mangsa meninggal dunia akibat jerutan tali atau telah meninggal dunia sebelum itu..
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan juga menentukan samada mangsa turut dirogol atau tidak.

Berdasarkan keterangan penduduk, polis percaya kejadian berlaku antara jam tiga pagi hingga sebelum mayat ditemui.
Penduduk juga mendengar salakan anjing kira-kira jam 3 pagi di kawasan itu.

Polis meminta saksi kejadian dan mereka yang kehilangan ahli keluarga, supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh. 

No comments:

Post a Comment