Saturday, 18 January 2014

FAKTA UNTUK PERDANA MENTERI


MASIH belum terlambat untuk PM Najib berbuat sesuatu bagi menyelamatkan Negara serta kedudukannya sebagai Perdana menteri sebelum berdepan dengan krisis keyakinan rakyat serta ahli UMNO yang lebih besar terhadap kepimpinan beliau apatah lagi di ketika ini wibawanya sebagai pemimpin untuk membawa parti dan kerajaan mendepani pelbagai kekusutan yang timbul makin tidak terurai.....


SEBAHAGIAN FAKTA :-


1. DS Najib mengambil BALA yang ditinggalkan oleh Pak Lah dan KJ pada tahun 2004-2008

2. DS Najib Cuba mengubah dan cuba meyakinkan semula rakyat yang telah hilang Kepercayaan / Keyakinan kepada pemimpin yang ditinggalkan.

3. DS Najib Diserang dari luar dan dalam serta rangkaian Pembangkang melalui jabatan kerajaan / dalam organisasi kerajaan

4. DS Najib Melantik Penasihat yang dulunya berada di dalam Kepimpinan Pak Lah - yang mana salah saorang nya Menjual Aset MAS

5. DS Najib dikhianti oleh orang yang berada disekeliling beliau

6. DS Najib terpaksa melepaskan ISA atas desakan (Kesilapan yang paling besar dilakukan)

7. DS Najib berhadapan dengan kemasukan Pro Pembangkang didalam Kerajaan dengan kekuatan dalaman rangkaian dalam kerajaan yang diterajui oleh kumpulan pembangkang.

8. DS Najib berhadapan dengan pecukaian GST 6% yang dimanipulasikan oleh Pembekal, Pemborong, peruncit dengan menaikkan kadar barangan sehingga 30% dan menyalahkan kerajaan dalam hal ini.

9. DS Najib berhadapan dengan Tali barut DAP didalam FGV yang akan membunuh kerajaan dari dalam.

10. DS Najib berhadapan dengan kepelbagian isu yang sensitif dan TIDAK DIAMBIL tindakan yang sebenarnya termasuk Isu Fitnah Lahad Datu.

11. DS Najib berhadapan dengan kenyataan Menteri yang seakan memberi Peluru kepada pembangkang untuk membunuh UMNO. Perkara ini berlaku dizaman Pak Lah dalam Isu Gula.

No comments:

Post a Comment