Sunday, 19 January 2014

BOT PANJANG KARAM - MANGSA CERITA DETIK CEMAS

Gambar hiasan

Dalam kejadian pada 1.40 petang itu, bot panjang yang dinaiki 27 penumpang itu karam selepas dipukul ombakEnam belas penumpang terselamat, tujuh masih hilang dengan empat disahkan lemas. Mayat Naibi Saibi iaitu yang terakhir ditemui sebelum operasi dihentikan ditemui berhampiran lokasi kejadian kira-kira 8 malam tadi.


“Saya terpaksa berenang kira-kira satu jam meredah ombak kuat untuk sampai ke darat sebaik bot panjang itu terbalik,” kata Helmi Julai 45, seorang daripada 27 mangsa bot karam di Muara Lassa, berhampiran Kampung Kut, Daro, di sini, semalam.

Helmi berkata, bot yang dinaiki mereka tenggelam sebaik dimasuki air dan ketika itu bot sudah menghampiri muara Lassa.

“Kejadian berlaku dengan pantas dan kami tidak sempat berbuat apa-apa, masing-masing cuba menyelamatkan diri.

“Saya sempat mendengar jeritan penumpang lain sebelum mereka hilang dari pandangan,” katanya ketika ditemui. 

Helmi berkata, rombongan itu dalam perjanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai. 

Katanya, mereka memilih untuk menggunakan bot panjang kerana cuaca baik pada sebelah pagi.

“Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku. Saya bersyukur kerana terselamat tetapi bersedih atas kehilangan rakan lain yang masih belum diketahui nasib mereka,” katanya. 

pengantin

No comments:

Post a Comment