Monday, 6 January 2014

APA KOMEN ANDA ...???


ANAK kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membuat satu kenyataan kontroversi melalui Twitter dengan mempertikaikan laporan akhbar Sinar Harian berkenaan cuti rehat pada hari Jumaat.
Sinar Harian dalam laman webnya hari ini menulis artikel bertajuk “Cuti Jumaat Beri Manfaat Buat Umat Islam” memetik kenyataan Ilmuwan Islam dan Pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.


Marina melalui Twitternya beranggapan artikel itu sebagai mengarut dan menuntut sesiapa supaya menunjukkan kepada beliau bukti di dalam Al-Quran bahawa umat Islam disuruh bercuti pada hari Jumaat.

MarinaTweet

Dalam artikel itu, Hassan bersetuju sekiranya lebih banyak negeri menjadikan hari Jumaat sebagai salah satu cuti rehat mingguan kerana ia memang hari cuti bagi umat Muslim.
“Saya setuju sekiranya lebih banyak negeri yang laksanakan perkara ini kerana Jumaat itu memang hari cuti untuk orang Islam.


“Sekiranya ia dilaksanakan, maka ia lebih memudahkan seseorang itu menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim.
“Namun ada juga yang tidak setuju, kerana bagi mereka bercuti pada hari Sabtu dan Ahad memudahkan mereka melakukan pelbagai aktiviti menarik.
“Sepatutnya, kita tidak perlu menjadikan perkara yang ranting menjadi pokok dan begitu sebaliknya,” katanya memetik artikel Sinar Harian.
Marina sebagai umat Islam sepatutnya tahu hujah berkaitan Jumaat bukanlah dikhaskan pada zaman tertentu dengan menyebut secara khusus bahawa pada hari itu umat Islam disuruh bercuti.


Dakwah kristian semakin menular dikalangan anak muda kita, sehingga mereka sangat mengkagumi unsur agama kristian dan menggunakannya ketika solat. Tentu Dap gelak besar kerana berjaya PERBODOHKAN anak muda islam kita!!!!


No comments:

Post a Comment