Sunday, 26 January 2014

43 PELAJAR HISTERIA, SEKOLAH DITUTUP


HULU SELANGOR - Sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa ditutup serta-merta setelah seramai 43 pelajarnya diserang histeria, pagi semalam.


Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali, kejadian itu berlaku ketika perhimpunan pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

"Disebabkan gangguan itu gagal dikawal, pihak sekolah memutuskan untuk merehatkan pelajar dan sekolah ditutup serta merta," katanya.

Katanya, hanya seorang pelajar lelaki yang terlibat dan selebihnya perempuan.

"Ini adalah kejadian terburuk yang pernah berlaku di sekolah itu dan melibatkan ramai pelajar.

"Dua bulan lalu ada berlaku histeria tetapi tidak melibatkan ramai pelajar dan sekolah tak ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azlina Mokhtar berkata, beliau turut menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, langkah penutupan sekolah diambil kerana bimbang kejadian sama berulang dan berlarutan.

“Difahamkan esok (hari ini) sekolah ganti tapi disebabkan insiden itu sekolah ditutup.

"Berdasarkan laporan diterima, kejadian tersebut berlaku pagi semalam dan seramai 43 pelajar terlibat," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tempoh penutupan sekolah dilakukan. SH

No comments:

Post a Comment