Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan dari DAP, Gwee Tong Hiang memfailkan saman fitnah berjumlah RM5 juta terhadap Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 22 Ogos lalu menerusi Tetuan K M Ong, Lee & Co.
Dakwa berniat jahat
Dalam samannya, Tong Hiang mendakwa kenyataan Cheng Hau yang disiarkan dalam pelbagai media adalah berniat jahat sehingga menyebabkannya dihina di tempat awam, selain keluarganya turut dicemuh dan tersinggung, sekali gus menjatuhkan reputasi.