Saturday, 31 August 2013

PENGERUSI DAP JOHOR KENA SAMAN RM5 JUTA....???



Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan dari DAP, Gwee Tong Hiang memfailkan saman fitnah berjumlah RM5 juta terhadap Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. 

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 22 Ogos lalu menerusi Tetuan K M Ong, Lee & Co. 
Dakwa berniat jahat 

Dalam samannya, Tong Hiang mendakwa kenyataan Cheng Hau yang disiarkan dalam pelbagai media adalah berniat jahat sehingga menyebabkannya dihina di tempat awam, selain keluarganya turut dicemuh dan tersinggung, sekali gus menjatuhkan reputasi. 

Sehubungan itu plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM3 juta akibat kehilangan reputasi, kehormatan dan kecederaan yang dilakukan defendan terhadap plaintif dan keluarga. 

Selain itu, antara lain, plaintif turut meminta ganti rugi keterlaluan atau teladan sebanyak RM2 juta berpandukan fakta berkenaan, selain memohon satu injunksi melarang defendan atau mereka yang bekerja dengannya atau ejennya daripada terus menerbit dan mengedar penerbitan. 

Plaintif turut meminta defendan menarik balik tuduhan terhadapnya dalam semua artikel berkenaan, selain permohonan maaf tanpa syarat yang dibuat menerusi media berkenaan.

No comments:

Post a Comment