Sekali pandang Ayesha Farooq (26), anda pasti tidak menyangka wanita berhijab ini seorang juruterbang pesawat tempur.
Thursday, 4 July 2013
AWAS !!! AIR ZAMZAM PALSU..!!!
Hiasan |
Kementerian Kesihatan Jeddah menemui 3,000 botol air Zamzam palsu yang sedia untuk dijual sempena Ramadan di daerah Al-Aziziah, Mekah.
Pasukan kesihatan menemui botol air berkenaan tanpa sengaja ketika mengunjungi sebuah gedung sewaktu menjayakan kerja-kerja lapangan bagi menangani masalah denggi kepada masyarakat.
Mereka kemudiannya melaporkan perkara ini kepada pihak perkuasa.
Hal ini disahkan jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Mekah, Fawaz Al-Sheikh.
Semoga tidak ada antara air Zamzam berkenaan diekspot ke luar termasuk ke negara kita.
Adalah menyedihkan apabila manusia tergamak menggunakan ugama demi kepentingan sendiri.
Apatah lagi, kejadian ini didalangi mereka yang tinggal di tanah suci Mekah!
( VIDEO ) : PARKOUR JAMES KINGSTON YANG MEMUKAU WARGA UK...
CAMBRIDGE - Seorang lelaki bernama James Kingston, melakukan aksi ekstremnya dengan melompat dari atap sebuah bangunan ke bangunan yang lainnya.
KERAJAAN MORSI TUMBANG, TENTERA AMBIL ALIH KUASA..!!!
KAHERAH : Angkatan tentera Mesir akhirnya dapat menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat Rabu selepas ketegangan yang berlarutan selama seminggu, sekaligus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.
Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.
GAMBAR MASJID DIPINTU MASUK SUPERMARKET UNTUK DIPIJAK ORANGRAMAI TELAH DIBUKA....
Rupa-rupanya gambar masjid dengan ucapan Salam Aidilfitri tu telah diletakkan di lantai pintu masuk di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka.... Pihak pengurusan mohon alert dengan perkara sensitif seperti ini yang boleh mengguris perasaan dan (mungkin) juga boleh mencetuskan ketegangan sesama kaum dan agama di negara ini. Jika pihak pengurusan atasan adalah warganegara Malaysia, takkan tak tahu dan tak faham bahawa agama rasmi persekutuan adalah AGAMA ISLAM...... atau tak setuju Islam sebagai agama rasmi!!!! Ops..!!!
KESILAPAN YANG DISENGAJAKAN !!!!
Sumber gambar.... di sini
BLACKLIST PENULIS SARAWAK REPORT DARI MASUK KE SARAWAK
Permainan siapa penulis dan siapa yang membiayai Sarawak Report akhirnya terbongkar apabila penulisnya Clare Rewcastle Brown dilarang daripada memasuki negeri Sarawak siang tadi.
Portal Sarawak Report terkenal dengan fitnah dan tohmahan terhadap keluarga Ketua Menteri Sarawak dan pemimpin BN juga mereka yang bersekongkol dengan BN dan Kerajaan Negeri Sarawak. Lebih memburukkan keadaan, penulisnya sanggup memutarbelitkan cerita dan mengapi-apikan cerita yang tidak benar dengan harapan ianya akan menggoncang Sarawak dan BN.