Thursday, 4 July 2013

KERAJAAN MORSI TUMBANG, TENTERA AMBIL ALIH KUASA..!!!


Mohamed Morsi / Pic: Sinar Harian

KAHERAH : Angkatan tentera Mesir akhirnya dapat menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat Rabu selepas ketegangan yang berlarutan selama seminggu, sekaligus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.



Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari.


Sisi juga mengumumkan perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan.

Beliau berkata pilihan raya presiden yang baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat.




Jurucakap untuk parti Ikhwan Muslimin, Gehad el-Haddad berkata, Morsi dan 12 pembantunya turut berada di bawah tahanan rumah, tempat beliau tinggal. Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.


Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara.

Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi.



Demonstrasi aman bertukar ganas

Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.

Tentera turut mengawal media tempatan dan menghentikan stesen televisyen milik parti Ikhwan Muslimin.

Ketua politik Ihwan Muslimin juga ditahan.

Ribuan penunjuk perasaan itu melakukan demonstrasi hampir seminggu kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan Morsi yang didakwa terlalu memberi kuasa kepada parti Ikhwan Muslimin dan gagal menangani masalah ekonomi di negara tersebut.

No comments:

Post a Comment