KUALA LUMPUR : Operasi pembenihan awan yang dilaksanakan Rabu bagi menangani masalah jerebu berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan di Perak dan Selangor.
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan hari ini berkata hujan didapati di kawasan Ipoh, Rawang, Batang Kali dan Kuala Selangor selepas pembenihan dilakukan dalam operasi bermula pada 1.30 petang dan berakhir 3 petang menggunakan pesawatC130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).