Wednesday, 26 June 2013

AKTRES MUDA PAKISTAN CEDERA PARAH DISIMBAH ASID

alt

PAKISTAN - Seorang aktres, Bushra, 18, dilaporkan mengalami cedera parah akibat disimbah asid di rumahnya di bandar Nowshera Barat Laut.
Bushra sebelum ini popular menerusi beberapa filem, rancangan televisyen dan teater, diserang sewaktu tidur.
"Seorang lelaki dipercayai memanjat dinding rumah, kemudian menyimbah asid ke arah adik saya sebelum melarikan diri," kata abang Bushra, Pervez Khan,lapor Al-Jazeera.
Sehubungan itu, Bushra dikejarkan ke Hospital Lady Reading di Peshawar dan doktor mengesahkan aktres itu mengalami 33 peratus melecur di muka, bahu dan tangan.
Sementara itu, keluarga Bushra membuat laporan polis terhadap seorang penerbit TV tempatan, Shaukat Khan yang sebelum ini mengancam keluarga itu selepas pinangannya ditolak.

No comments:

Post a Comment