Friday, 19 April 2013

PAPAGOMO UMUM TIDAK BERTANDING DI PERMATANG PAUH....



TERLEBIH dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia, TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P.044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.

ANWAR BAWA BALIK 'JAMBU' SIAM...???


KUALA LUMPUR 18 April - Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar mendakwa difahamkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa dua individu dari Thailand bagi membersihkan namanya dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam pelbagai isu.

Berikut adalah kenyataan penuh Fakhrul Azman:

GALAKKAN CALON BERTANDING 2 KERUSI....PUAK PR TAMAK ATAU GILER KUASA...???


Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin pembangkang yang memegang jawatan di peringkat DUN dan Parlimen selepas PRU ke-12 gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik.

AZEAN IRDAWATY KRITIKAL.... SEMOGA SEGERA SEMBUH...


KUALA LUMPUR – Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau.

Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut.

CALON BANKRAP BOLEH BERTANDING...???


Benarkah Shamsubahrin  Ismail yang akan bertanding di Bukit Bintang di atas tiket Bebas, dikhabarkan sebagai seorang yang bankrap ... ??? 

Bolehkah seorang yang diisytiharkan bankrap boleh bertanding di dalam Piliharaya..???

AL-FATIHAH : TAN SRI AISHAH GHANI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


KUALA LUMPUR : Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani (gambar) meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini pada Jumaat kerana sakit tua. Aishah, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lepas setelah kesihatannya tidak stabil, menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. 

Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara petang ini. Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Allahyarham merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan. 

Pada 1949 beliau menyertai Umno dan menjadi setiausaha Cawangan Wanita UMNO Kampung Baru sehinggalah dipilih menjadi ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia. Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Ulu Langat juga pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. 

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Langat dan di Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera serta pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada 1955. - BERNAMA


DAP BERTANDING GUNA LOGO PAS : TERESA KOK MINTA DIPANGGIL SEBAGAI USTAZAH....??? ha! ha! ha!


SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

NIZAR BERANGAN JADI MB LAGI.....BERTANDING DUN CHANGKAT JERING


Pakatan Rakyat (PR) Perak sebentar tadi mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mana menyaksikan Timbalan Pesuruhanjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sah bertanding kerusi DUN Changkat Jering.