Friday, 19 April 2013

AL-FATIHAH : TAN SRI AISHAH GHANI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


KUALA LUMPUR : Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani (gambar) meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini pada Jumaat kerana sakit tua. Aishah, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lepas setelah kesihatannya tidak stabil, menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. 

Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara petang ini. Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Allahyarham merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan. 

Pada 1949 beliau menyertai Umno dan menjadi setiausaha Cawangan Wanita UMNO Kampung Baru sehinggalah dipilih menjadi ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia. Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Ulu Langat juga pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. 

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Langat dan di Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera serta pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada 1955. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment