Tuesday, 3 December 2013

ZAHNITA TUNTUT FASAKH SETELAH 8 TAHUN BERKAHWIN

zahnita
Perkahwinan selama 8 tahun yang diceriakan dengan kehadiran 2 puteri, Zahnita Wilson telah pun memfailkan permohonan cerai kepada suaminya, Abdul Zackery Ghouse. Sebutan pertama kes penceraian pasangan ini akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Shah Alam pada 19 Disember ini.

zahnita wilson cerai
Penceraian ini bagi Zahnita Wilson bukannya satu pengakhiran tetapi satu permulaan baru bagi dirinya. Berkata kepada Kosmo, keengganannya untuk menjadi hipokrit menyebabkan Zahnita memfailkan permohonan tersebut.
Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!
Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama. Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami
zahnita wilson cerai
Mengakui rumah tangganya bergolak semenjak penghujung tahun 2011, Zahnita dan suami telah pun menghadiri kaunseling untuk sebagai langkah untuk memperbetulkan keadaan. Sayangnya kesemua itu tidak berhasil. Tambah Zahnita lagi:-
Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubu- ngan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.
Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.
Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini.
Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini.

beautifulnara 

No comments:

Post a Comment